Partime Job

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, 24 September 2012

Roti Perancis



Ditulis semula : Sj Homemade Cookies (puterisalju122.blogspot.com)
Sumber : Our Mom (Safiah Haji Omar)

Bahan - bahan :
380gram tepung roti
70gram tepung ros
1 1/2 tsp garam
1tsp gula halus
1 paket yis (3 sudu besar)
260ml air10gram shortening
5gram bread improver 

Cara-cara :
1. Uli semua bahan kecuali shortening sehingga menjadi doh.
2. Masukkan shortening & uli sehingga doh berkilat. (uli lebih kurang 10 - 15minit)
3. Rehatkan doh selama 45minit.
4. Bahagikan doh kepada 4. Uli setiap doh memanjang (ikut bentuk sendiri)
5. Rehatkan 30minit - 1 jam.
6. Sapu air di atas roti yang telah direhatkan tadi, kemudian kelar2 atas roti sebanyak 4 jalur.
7. Masak pada suhu 200darjah selama 15-20minit.


Selamat mencuba ! (^_^)

Resepi : Cetak


Friday, 14 September 2012

Cheese Tart Ver.1

Sumber : Sj Homemade Cookies (puterisalju122.blogspot.com)

Bahan Kulit :
60gram gula aising
130gram mentega
1 biji telur putih (yg telah disimpan dlm peti sejuk)
1sk esen vanilla
250gram tepung gandum


Cara-cara :
1. Pukul mentega & gula sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila & telur putih. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung & uli hingga menjadi doh.
4. Masak selama 10minit dengan kepanasan 180 darjah celcius.

Bahan inti :
250gram cream cheese
60gram gula aising
1sk esen vanila
1biji telur kuning
100gram whipping cream
secukupnya filling (ikut suka)

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese & gula sehingga fluffy.
2. Masukkan kuning telur & esen vanila. Gaul sebati.
3. Masukkan whipping cream & gaul sebati.
4. Masukkan filling dalam kulit yg telah dimasak tadi. Paipkan Inti di atas secukupnya.
5. Bakar selama 10-15minit.

Resepi : Cetak

Wednesday, 29 August 2012

Biskut Makmur

Thanks to Fida, Temerloh
huhu.. Orang sibuk p beraya.. Kita pulak sibuk buat kuih raya untuk orang sampaikan tuan punya tokei xda kuih raya tahun ni.. huhu

Korang nak resepi tak? Moh ler jenguk2 resepi dari ibu tersayang..

Sumber : Our mom (Safiah Binti Omar)
Ditulis semula : Sj Homemade Cookies (puterisalju122.blogspot.com)

Biskut Makmur

Bahan - bahan Doh :
500gram tepung gandum
200gram minyak sapi
20gram gula aising

Cara - Cara :
 Gaul semua bahan sehingga sebati & menjadi doh. Jika lembik tambah lagi sikit minyak sapi yer..)

Bahan - Bahan Inti :
kurma secukupnya (dikisar)
kacang tanah secukupnya (digoreng & ditumbuk halus)

Cara - Cara :
Gaulkan kedua2 bahan sehingga boleh dikepal kecil2..

* Ambil sedikit doh dan letakkan inti. Buat bulat2 mengikut saiz yang dikehendaki. Jika buat sebesar ibu jari boleh dapat dalam 70biji. Bakar pada suhu 160 darjah selama 25minit atau sehingga masak. Bila dah sejuk, gaulkan biskut tadi bersama gula aising.

Mudah je kan.. selamat mencuba..!!


Print resepi : Biskut Makmur


Friday, 4 May 2012

Cupcake Coklat Dutchlady

Haa.. kali ni Puteri nak bagi resepi dari DC Cupcakes dan telah diolah sedikit bahan2nya..
Selamat mencuba yer..

Cupcake Coklat Dutchlady
Sumber Resepi : DC Cupcakes (diolah sedikit bahan2nya by Tentang Kami) (^_^)

Bahan-Bahan :
8 sudu besar mentega
1 1/4 cawan gula kaster
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 cawan serbuk koko
3 sudu besar tepung susu dutchlady perasa coklat
1 cawan air
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan fresh cream


Cara-Cara :
1) Pukul mentega sampai kembang & gebu
2) Masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang
3) Masukkan telur satu persatu dan gaul sebati.
4) Masukkan separuh bahan kering dan gaul sebati. (Tepung naik sendiri, serbuk penaik, serbuk koko & tepung susu dutchlady - dicampur bersama & diayak)
5) Masukkan air & gaul sebati.
6) Masukkan baki bahan kering dan gaul sebati.
7) Akhir sekali, masukkan fresh cream dan gaul lagi.
8) Bakar selama 20minit - 25minit dengan suhu 170 darjah celcius.


Krim Puteri rujuk resepi dari internet iaitu Irish cream frosting..

Selamat Mencuba! (^_^)

Monday, 30 April 2012

Nasi Planta Berempah






Masak - masak hujung minggu...










Bahan-Bahan :

5 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
4 kuntum bunga cengkih
4 bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
sedikit buah pelaga
sedikit serbuk kunyit
3 cawan beras
5 cawan air
2 sudu besar planta
1 sudu besar rempah kari
sedikit garam
sedikit gula


Cara-Cara :
1) Panaskan planta dalam periuk sehingga cair.
2) Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga sehingga wangi.
3) Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
4) Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit & rempah kari. Tumis lagi hingga wangi.
5) Masukkan air, garam & gula. Biar hingga mendidih.
6) Setelah mendidih, masukkan beras ke dalam periuk & biar hingga nasi masak..

Selamat Mencuba!

* Resepi ni diambil dari buku Planta Resepi Warisanku tetapi telah diubahsuai sedikit mengikut selera anak2.. Penulis buku ni adalah Mat Jepp. Jika berminat boleh dapatkan di kedai2 terdekat atau boleh dibeli secara online di Online Store MPH..

Sunday, 15 April 2012

Resepi Kek Coklat Lembut

Jom minum petang dengan kek yang lembut dan mudah ni.. (^_^)

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan gula kaster
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan serbuk coklat
2 sudu kecil bikarbonat soda
2 sudu kecil baking powder
3 biji telur kuning
2 biji telur putih
1 buku buttercup (250g)
1 cawan susu cair
1 cawan air panas

Cara-Cara :
1. Tepung gandum, serbuk koko, serbuk coklat, bikarbonat soda dan baking powder diayak dan digaulkan bersama gula kaster.

2. Masukkan buttercup yang telah dicairkan dan gaul sebati.

3. Masukkan telur putih & kuning dan gaul sebati..

4. Masukkan susu cair.. Gaul sebati.

5. Akhir sekali, masukkan air panas dan gaul sebati.

6. Masak selama 1jam pada suhu 180 darjah celcius.


Selamat Mencuba !

* Gaul sebati bermaksud just gaul sahaja sehingga semua adunan rata. Tidak perlu guna mixer.

Monday, 26 March 2012

Ikan Masak Asam



Bahan :
Beberapa ekor ikan
1biji cili merah ditumbuk
2 senduk tempoyak (kalo x cukup tambah ikut citarasa)
1btg serai dititik
1btg timun
sedikit serbuk kunyit





Cara :
1. Campur semua bahan kecuali ikan di dalam periuk & masak sehingga mendidih.
2. Masukkan ikan, timun dan letak garam or tambah tempoyak sehingga secukup rasa & ikan masak.
3. Selamat Mencuba..

Tuesday, 20 March 2012

Apam.. Apam.. Apam... Cha nak Kuih yang Makcik Ekin Bagi Aritu..

huhu.. aritu cha sampai majuk2 nak kuih apam.. so ajak la dia buat skali.. kemain suka dapat picit2 adunan dalam cupcake.. Resepi ni diambil dari sahabat baik Misery iaitu ekin.. Thanks Ekin.. cakap kat mak thanks sbb sudi bagi resepi ni.. Raisha paling suker pas mkn yang Ekin bagi..

Ok la.. Puteri nak tepekkan resepi ni dalam blog. Mana tau kan Raisha dah besar nak buat kuih sendiri dia bleh amik jerk resepi dalam blog mamanya ini.. huhu

Bahan - bahan :
1 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovelatte
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air

Cara - Cara :
Campur semua bahan kecuali tepung dan blender sampai sebati. Then masukkan tepung & gaul sebati. Bahagikan aduna beberapa bahagian mengikut warna kesukaan ler ek.. Masukkan ke dalam acuan & kukus sampai masak..





Tgk ler tu.. jabil mkn.. kemain sukernyer dia..


Tak ketinggalan jugak.. oyen pun suka smp mkn kertas2 skali..


Akhirnya.. dapat gak cha mkn.. mkn byk lak tu.. nmpk gayanya mama kene masak bersama2 dgn cha la baru dia rasa nak mkn.. kalo x nak soh habiskankan sesenduk nasi pun susah..

Wednesday, 14 March 2012

Spageti sesuai untuk diet


ENAK...Chef Abdul Moit menunjukkan hidangan spageti makanan laut ala Thai.
SPAGETI dalam bahasa Itali dikenali sebagai ‘tali kecil’ yang dihasilkan daripada sejenis tepung semolina bersama air.

Makanan ini menjadi lambang masakan Itali dan sering dihidangkan bersama sos tomato mengandungi pelbagai rempah ratus seperti oregano, minyak zaitun, daging dan cendawan.

Di Malaysia, spageti sudah dipelbagaikan cara masakannya iaitu digunakan dalam laksa Johor dan digoreng bersama masakan laut.

Spageti mengandungi kurang lemak berbanding mi kuning dan sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet.


Mempelbagaikan teknik memasak spageti menggunakan campuran sayur-sayuran mampu memberi khasiat kepada tubuh selain mengekalkan berat badan.


Menurut Chef Sous Hotel Grand BlueWave Shah Alam, Chef Abdul Moit Samingan, makanan ini tidak harus dimasak terlalu lama supaya spageti tidak kehilangan zat yang banyak.

Bagi mengekalkan keasliannya, rebus spageti bersama secubit garam dan biarkan mendidih.

Kemudian angkat dan basahkan dengan air sebelum dihidangkan atau dimasak.

“Bagi mengetahui sama ada spageti benar-benar lembut, potong ketika masih di dalam periuk. Sekiranya mudah dikerat ini bermakna spageti sudah masak,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menggoreng spageti, sebaiknya tidak membiarkan terlalu lama di atas api bagi mengelak spageti terlalu lembut sehingga mengurangkan rasa

lemaknya. Ia sebaiknya dimasak dua atau tiga minit saja sebelum diangkat dan dihidangkan ketika masih panas.

Bagi mereka yang gemarkan spageti goreng, Chef Abdul Moit menunjukkan cara ringkas menyediakan spageti makanan laut ala Thai.


Bahannya:

180 gram spageti
10 gram bawang
5 gram serai
5 gram daun selasih
5 gram daun limau purut
10 gram cili padi
5 gram bunga kantan
15 gram udang
15 gram kupang
15 gram sotong
150 mililiter pati tomato
10 mililiter pati tomyam
15 gram lada benggala
10 mililiter sos ikan
Mentega untuk menumis

Saturday, 10 March 2012

Kari Ketam Rangup

Ok.. yang ni resepi dari episod ke-4...


Ketam kulit lembut yang digoreng memberinya rasa eksotik dan garing dalam hidangan kari yang berbau harum dan berempah. Hidangan ini juga mendapat sumber kalsium daripada susu yang digunakan!

BAHAN-BAHAN
Minyak Zaitun 30ml

Bahan A:
Ketam kulit lembut 250gm

Bahan B:
Tepung Tempura 80gm
Serbuk Dugro 3 Regular 80gm
Telur Putih Segar 1 biji

Bahan C:
Bawang Putih 50gm
Bawang Merah Bombay 50gm
Halia Muda 30gm

Bahan D:
Serbuk Kari 100gm
Serbuk Paprika 50gm
Gula Melaka 30gm
Biji Sawi 10gm
Biji Ketumbar 10gm
Kerisik Kelapa 20gm
Garam 2gm

Bahan Taburan:
Daun Kari 2 tangkai
Plain Yogurt 150ml
Belimbing Besi 50gm

KAEDAH MASAKAN
Bersihkan bahan A dan tekapkan dengan bahan B serta goreng dengan minyak jagung yang minima sehingga garing keperanganSediakan periuk dan tumiskan bahan C yang sudah dikisar... dengan minyak zaitunMasukkan bahan D dan tumis sehingga naik aroma serta naik minyakTuangkan sedikit air dan perlahankan api atau suhu haba sehingga naik minyak serta pekatTuangkan kuah kari tadi di dalam pinggan dan letak bahan A di tengah serta bahan taburan

Ikan Kod Rock N Roll

Aii kawan2.. lama tak letak resepi dari program Chef CIlik.. Ini Resepi dari episod 3.. Selamat Mencuba !


Ikan kod dianggap sebagai raja segala ikan kerana isinya yang lembut dan penuh kebaikan. Ia merupakan ikan yang digemari hampir semua kanak-kanak. Buktinya, populariti hidangan fish and chips! Isi labu yang berkrim dan sayuran rangup pula pasti akan membuka selera anda.

BAHAN-BAHAN
Ikan Kod Filet Segar 200gm

Bahan A:
Air 150gm
Minyak Zaitun 3 titisan
Batang Sadri (celery)50gm
Garam 2gm
Perahan Buah Lemon 1/2 biji
Serbuk Lada Putih 2gm

Bahan B:
Broccoli 50gm
Asparagus 50gm
Kacang Hijau Manis 50gm
Kobis Brussel Sprout 50gm

Bahan C:
Buah Labu 150gm

Bahan D:
Susu Dugro Fruits & Vegetables 100ml
Serbuk Lada Putih 2gm
Garam 2gm

Bahan Taburan:
Serbuk Kayu Manis 2gm

KAEDAH MASAKAN
Bersihkan dan rebuskan bahan A dengan api atau suhu haba yang sederhanaMasukkan Ikan Kod ke dalam rebusan tadi di suhu haba sederhana selama 10 minitSementara itu... sediakan periuk kukus dan kukus bahan B sehingga hampir hempukRebuskan bahan C sehingga hempuk dan lenyekkan serta masukkan bahan D sebati sekata Letakkan di dalam pinggang dan tabur dengan serbuk kayu manisLetakkan sayuran kukus tadi dan Ikan Kod serta hiaskan dengan daun dill dan buah zaitun

Thursday, 23 February 2012

Sizzling Pelangi Ceria

Haa. Korang ingat tak Siri Chef Cilik minggu lepas.. Minggu lepas Puteri letakkan resepi Perahu Harta Karun ZucchiniMinggu ni resepi Sizzling pulang..  Jom kita cuba resepi ni.. Mana tau saper yang tak suka makan sayur selama ni akan suka makan bila mencuba resepi ni kan..

BAHAN-BAHAN
Mentaga 100gm

Bahan A:
Asparagus 70gm
Lobak Merah 70gm
Bunga Kobis 70gm
Broccoli 70gm
Buah Naga Merah 70gm
Buah Rock Melon 70gm
Buah Epal Hijau 70gm
Buah Epal Merah 70gm

Sos Cendawan:
Minyak Zaitun 30ml
Bahan A:
Bawang Putih 50gm
Bawang Merah Bombay 50gm

Bahan B:
Cendawan Butang Putih 100gm
Cendawan Hitam 100gm

Bahan C:
Buah Tomato 100gm
Sos Tomato 100ml
Serbuk Lada Putih 3gm
Serbuk Jintan Manis 3gm
Gula Perang 10gm
Air 250ml
Tepung Gandum 50gm
Garam 3gm

KAEDAH MASAKAN
Potong dadu bahan A dan gabungkan kesemua sayuran serta tumis dengan mentegaMasukkan sedikit air dan buah-buahanTumis sehingga naik aroma dan terus tuangkan ke dalam pinggan sizzlingSementara itu sediakan periuk untuk membuat sos cendawan...Potong dadu bahan A dan tumiskan dengan minyak zaitun sehingga naik aromaMasukkan bahan B yang telah di hiris dan perlahankan api atau suhu habaMasukkan bahan C dan kacau sebati sekataTuangkan sos cendawan di dalam pinggan sizzling... selamat berbisik... jamu selera

Sumber : Dumex Dugro

Sunday, 19 February 2012

Smooties Oligo Ice-Cream

Lepas Buat Tiramisu.. Ada lebihan whiping cream.. Buat aiskrim la pulak.. Jom skodeng resepinya..
Bahan-Bahan :
Sepeket Oligo 3 in 1
200ml air panas (bancuh oligo)
250ml whiping cream
1 sudu besar madu

Cara-Cara :
Setelah Oligo dibancuh biarkan sejuk dahulu. Kemudian, satukan semua bahan dan pukul/blender sehingga sebati/kembang. Simpan dalam peti ais sebentar. Bila beku,   keluarkan dan pukul sekali lagi sebelum dimasukkan semula ke dalam peti beku.

Senang je kan? Selamat mencuba!!

Tiramisu Biskut

Hari Isnin aritu Raisha minta kek. Dia kata nak buat kek sama2. Puteri pun jawab la tunggu hari minggu baru kita buat. Keesokan harinya tengok barang kat rumah ada n ada sedikit kerajinan nak buat kek. Tanya semula Raisha nak buat kek tak? Raisha pun jawab "Tak nak la.. Kita buat kek hari minggu la." Mm.. pandai lak menjawab anak Puteri yang sorang ni.

So.. Hari ni buat ler kek Tiramisu. Oh yer.. Korang mesti perasan resepi yang Puteri bagi ni tak guna gula.. Bukan apa.. dulu pernah guna gula Tiramisu ni jadi manis plak walaupun just letak 2 sudu besar gula. Sebab tu Puteri tak guna gula.. Ok la.. Selamat menjamu selera dan Selamat mencuba.
Bahan-Bahan :
250g Whiping cream
biskut marie secukupnya
250g cream cheese
1 cawan air panas
1 sudu kecil nescafe

Cara-Cara :
Bancuh nescafe bersama air panas dan ketepikan. 
Pukul whiping cream, cream cheese sehingga kembang & fluff. Susun biskut marie dalam acuan. siram 1/3 cawan air nescafe sedikit2 ke atas biskut marie tersebut.
Letak adunan cream cheese tadi 1/3 dariapda adunan. Ulang langkah yang sama sehingga 3 lapisan.
Simpan dalampeti sejuk selama 2-3 jam sebelum dihidangkan. Taburkan serbuk chocolate di atas Tiramisu sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba !!

Saturday, 18 February 2012

Sambal Terung

Sambal Paling simple nak masak..
Bahan-Bahan :
Terung, Ikan Bilis, Cili Boh, Belacan/udang kering
(bahan2 ni terpulang pada individu nak buat byk mana yer)

Cara-Cara :
Tumis Ikan bilis, cili boh & belacan/udang kering sehingga kekuningan/masak..
Setelah agak garing/masak, masukkan terung yang telah dipotong dadu tadi.. Goreng hingga masak..

Mudah lan? Selamat Mencuba!

Ayam Kurma

Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam
2 sb rempah kurma
1/2 inci halia
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dikisar
1 sb cili boh
1 btg serai dititik
1 biji bawang besar dihiris
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1/2 inci kulit kayu manis
2 biji kentang dipotong 4
tomato untuk hiasan
sedikit sayur kobis dihiris
sedikit santan
garam secukupnya

Cara-Cara :
Satukan rempah kurma, halia, bawang putih, bawang besar yg dikisar & cili boh. Ketepikan.

Tumis buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis, bawang hiris & serai hingga wangi. Kemudian, masukkan bahan rempah tadi dan goreng sehingga garing/wangi.

Masukkan ayam, kentang dan santan. Masak sehingga ayam masak. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian, masukkan kobis dan garam. Biar sehingga kobis lembut/masak. 

Selamat Mencuba !!

Thursday, 16 February 2012

Ayam Mentega Kuning


Yang ni resepi campak-campak jugak.. Al-maklum nak masak berat2 waktu 5 hari bekerja ni memang tak sempat.. Nak-nak pulak makan berdua jer.. Anak-anak jenis bukan pemakan.. Daripada kene paksa makan lauk diorang ni sanggup makan nasi putih dengan kicap jerk kalo xda telur or sup.. hehe Kalo kene paksa paham2 jerk la.. Macam-macam alasan keluar dari mulut.. sakit perut la.. kenyang la.. Yang paling best buat perangai buat-buat nak muntah.. Aduh.. penin nak ajar diorang ni makan...

Cara-cara resepi ni mudah jerk.. Puteri tak bagi la detail untuk resepi ni yerk sbb biasanya bila masak main campak je kuantiti bahan-bahannya.. hehe Al-maklum.. Tak xpert bab masak harian ni.. kalo soh buat cookies ngan kek tu boleh la juga.. hehe

Bahan-Bahan
Ayam (didadu)
Garam
Kunyit
Pewarna kuning
Lada sulah/lada hitam
Mentega
kulit kayu manis (dalam 1 inci)
halia (ditumbuk)
Bawang besar(ditumbuk)
Bunga Cengkih
Tomato(ditumbuk)
Sedikit air

Cara-Cara :
Mula-mula korang goreng ayam dadu/kecik-kecik yang telah diperam selama 5 minit dengan kunyit, garam & pewarna kuning sket dengan mentega. Goreng hingga masak yer.. Then ketepikan..

Pastu, dengan menggunakan minyak mentega yang sama.. tumis kulit kayu manis, halia(ditumbuk), bawang merah(ditumbuk), bunga cengkih sampai wangi.. Then masukkan cili boh atau serbuk lada dan tomato. Masak garing. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama sedikit air selama 5-10minit.

Siap..! Sedia untuk dihidangkan..

Terung Goreng Telur


Senang jer masak terung ni.. Saper yang takda masa nak masak berat bleh cuba resepi ni.. Rasanya ramai yang tau buat kan?

Mula2 potong terung bulat-bulat. Then pukul telur bersama garam n sedikit lada sulah atau lada hitam sket.. Agak-agak la yer.. ikut citarasa sendiri.. Tapi jangan pukul telur sampai kembang sangat pulak.. Then.. masukkan terung ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyaknya untuk menggoreng.. Goreng ler sampai masak.. (^_^) Selamat Mencuba (^_^)



Tuesday, 14 February 2012

Resepi Perahu Harta Karun Zucchini

Semalam.. buka channel 104(Astro Ria) ada pulak rancangan Chef Cilik.. anak2 pulak suka tengok.. so kami pun tengok rancangan ni sampai habis... Rancangan ni disiarkan dari 3 Feb 2012 hingga 7 Mei 2012 Setiap hari Isnin jam 10.00 malam. Jom kita try resepi yg diberikan oleh Chef semasa rancangan ini berlangsung.
Episod 1

Apa kata penasihat :


Zukini merupakan sumber serat diet yang baik. Ia juga kaya dengan anti-oksidan dan vitamin B. Ia mengandungi mineral seperti kalium yang merupakan komponen penting sel dan cecair badan."
Georgina - Penasihat & Ibu


Perahu Harta Karun ZucchiniBot-bot Zukini ini penuh dengan khazanah vitamin dan mineral! Zukini yang dipanggang akan menjadi lembut dan lazat. Beritahu anak-anak anda yang lanun sukakan zukini, dan ia pasti merangsang imaginasi dan selera mereka!

BAHAN-BAHAN
·         Mentega 25gm
·         Bahan A:
·         Sayur Zucchini 1 batang
·         Bahan B:
·         Sayur Bayam 200gm
·         Bawang Merah Bombay 50gm
·         Roti Wholemeal 1 keping
·         Isi Zucchini 50gm
·         Bahan C:
·         Minyak Zaitun 2 titik
·         Serbuk Lada Putih 5gm
·         Serbuk Paprika 5gm
·         Serbuk Thyme 5gm
·         Serbuk Bawang Putih 5gm
·         Garam 2gm
·         Bahan D:
·         Telur Ayam Segar 1 biji
KAEDAH MASAKAN
1.      Panaskan ketuhar pada suhu 175°C
2.      Bersihkan bahan A dan potong di setiap hujung zucchini
3.      Rebuskan bahan A bersama garam selama 5 minit
4.      Biarkan sejuk seketika dan toreh isi zucchini di bahagian tengah sehingga cukup ruang untuk mengisi inti
5.      Potong dadu bahan B dan gaulkan dengan bahan C sebati sekata
6.      Masukkan bahan B dan C ke dalam ruang zucchini tadi
7.      Sapukan mentega di permukaan tray ketuhar
8.      Letakkan zucchini yang sudah di isi dengan bahan B dan C dan tuangkanbahan D yang telah di kacau di atas tray yang telah di sapu mentega
9.      Masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit dan hidangkan bersama keluarga

Selamat Mencuba!


Cara-cara buat resepi ni boleh juga ditonton di bawah ni :



Sumber : Chef Cilik Dumex Dugro

Saturday, 11 February 2012

Udang Bengal


Bahan-bahan :
10-15 ekor udang
minyak untuk menumis
3cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1/2inci halia (ditumbuk/digiling)
1 biji bawang besar (ditumbuk/digiling)
1 ulas bawang putih (ditumbuk/digiling)
1 sb cili boh
1 inci kunyit (ditumbuk/digiling)
sedikit jintan putih
garam secukup rasa
1/2 cawan air

Cara-cara :
1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, jintan putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga wangi atau sehingga kering sedikit.
2) Selepas itu,masukkan udang dan air sehingga masak/air kering sedikit.
3) Masukkan garam dan sedia untuk dihidangkan..

Selamat Mencuba! (^_^)