Partime Job

Tuesday 14 February 2012

Resepi Perahu Harta Karun Zucchini

Semalam.. buka channel 104(Astro Ria) ada pulak rancangan Chef Cilik.. anak2 pulak suka tengok.. so kami pun tengok rancangan ni sampai habis... Rancangan ni disiarkan dari 3 Feb 2012 hingga 7 Mei 2012 Setiap hari Isnin jam 10.00 malam. Jom kita try resepi yg diberikan oleh Chef semasa rancangan ini berlangsung.
Episod 1

Apa kata penasihat :


Zukini merupakan sumber serat diet yang baik. Ia juga kaya dengan anti-oksidan dan vitamin B. Ia mengandungi mineral seperti kalium yang merupakan komponen penting sel dan cecair badan."
Georgina - Penasihat & Ibu


Perahu Harta Karun ZucchiniBot-bot Zukini ini penuh dengan khazanah vitamin dan mineral! Zukini yang dipanggang akan menjadi lembut dan lazat. Beritahu anak-anak anda yang lanun sukakan zukini, dan ia pasti merangsang imaginasi dan selera mereka!

BAHAN-BAHAN
·         Mentega 25gm
·         Bahan A:
·         Sayur Zucchini 1 batang
·         Bahan B:
·         Sayur Bayam 200gm
·         Bawang Merah Bombay 50gm
·         Roti Wholemeal 1 keping
·         Isi Zucchini 50gm
·         Bahan C:
·         Minyak Zaitun 2 titik
·         Serbuk Lada Putih 5gm
·         Serbuk Paprika 5gm
·         Serbuk Thyme 5gm
·         Serbuk Bawang Putih 5gm
·         Garam 2gm
·         Bahan D:
·         Telur Ayam Segar 1 biji
KAEDAH MASAKAN
1.      Panaskan ketuhar pada suhu 175°C
2.      Bersihkan bahan A dan potong di setiap hujung zucchini
3.      Rebuskan bahan A bersama garam selama 5 minit
4.      Biarkan sejuk seketika dan toreh isi zucchini di bahagian tengah sehingga cukup ruang untuk mengisi inti
5.      Potong dadu bahan B dan gaulkan dengan bahan C sebati sekata
6.      Masukkan bahan B dan C ke dalam ruang zucchini tadi
7.      Sapukan mentega di permukaan tray ketuhar
8.      Letakkan zucchini yang sudah di isi dengan bahan B dan C dan tuangkanbahan D yang telah di kacau di atas tray yang telah di sapu mentega
9.      Masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit dan hidangkan bersama keluarga

Selamat Mencuba!


Cara-cara buat resepi ni boleh juga ditonton di bawah ni :



Sumber : Chef Cilik Dumex Dugro

No comments: