Partime Job

Friday 19 September 2014

Bihun Goreng Noxxa

As Salam.. Arini punya cerita.. Kami main pondok2 lagi kat opis.. Kali ni masak bihun goreng pulak.. Nak resepi boleh scroll ke bawah yerk.. Selamat menjamui selera.

  

Bahan-Bahan :
1 bungkus bihun (dibasuh & tos)
 400ml air
daging ayam secukupnya
2 sudu besar cili boh (ikut citarasa)
1 bungkus paste nasi goreng (jika mahu)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sayur sawi secukupnya
fish cake secukupnya
Minyak secukupnya
 Garam secukupnya
Gula secukupnya (sebagai ganti ajinamoto)


Cara-cara :
1. Tekan butang 'Stir/fry'. Tekan butang 'ON'. Masukkan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih & ayam.
2. Masukkan cili dan paste nasi goreng(jika menggunakan paste nasi goreng) dan goreng hingga wangi. Masukkan air, fish cake, garam, gula dan bihun dan air. Tutup periuk dan halakan tombol ke arah 'steam'.
3. Tekan butang 'steam' selama 3 minit dan tekan butang ON. Bila dah masak, tekan butang 'OFF'. Buka penutup dan masukkan sayur sawi dan gaul sebati.
4.Tekan butang 'Stir/fry'. Tekan butang 'ON. kacau bihun tadi sehingga sedikit kering. Tekan butang 'OFF'. angkat & boleh dihidangkan.

** Kalo malas nak gaul bagai.. lepas tumis, guna button 'high pressure' 3 minit, lepas masak, tekan butang 'OFF' masukkan sayur, tutup penutup, biar seketika then buka baru gaul sebati bihun tadi.



No comments: