Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 29 August 2012

Biskut Makmur

Thanks to Fida, Temerloh
huhu.. Orang sibuk p beraya.. Kita pulak sibuk buat kuih raya untuk orang sampaikan tuan punya tokei xda kuih raya tahun ni.. huhu

Korang nak resepi tak? Moh ler jenguk2 resepi dari ibu tersayang..

Sumber : Our mom (Safiah Binti Omar)
Ditulis semula : Sj Homemade Cookies (puterisalju122.blogspot.com)

Biskut Makmur

Bahan - bahan Doh :
500gram tepung gandum
200gram minyak sapi
20gram gula aising

Cara - Cara :
 Gaul semua bahan sehingga sebati & menjadi doh. Jika lembik tambah lagi sikit minyak sapi yer..)

Bahan - Bahan Inti :
kurma secukupnya (dikisar)
kacang tanah secukupnya (digoreng & ditumbuk halus)

Cara - Cara :
Gaulkan kedua2 bahan sehingga boleh dikepal kecil2..

* Ambil sedikit doh dan letakkan inti. Buat bulat2 mengikut saiz yang dikehendaki. Jika buat sebesar ibu jari boleh dapat dalam 70biji. Bakar pada suhu 160 darjah selama 25minit atau sehingga masak. Bila dah sejuk, gaulkan biskut tadi bersama gula aising.

Mudah je kan.. selamat mencuba..!!


Print resepi : Biskut Makmur


No comments: