Partime Job

Tuesday, 14 February 2012

KEBAIKKAN SEORANG ISTERI

Semasa gambar ini disiarkan , ramai orang yang bersangka tidak baik terhadap pasangan ini . Tetapi , jika dilihat dengan teliti , lelaki itu sebenarnya hanya mempunyai sebelah kaki sahaja . Dan tidak mungkin ditempat suci ini dibenarkan untuk pasangan bukan mahram berkeadaan seperti ini , jadi sangat jelas ini adalah pasangan yang juga muhrimnya . Dalam kata erti lain , apa yang ingin dijelaskan oleh jurufoto ini ialah KEBAIKKAN SEORANG ISTERI apabila sanggup memapah dan menolong Suaminya ketika dalam setiap perjalanan mengerjakan Ibadat di Tanah Suci Mekah . Masyaallah ... Betapa besarnya pengorbanan seorang Isteri dan kesanggupannya bersama dengan suami dalam mengejar keredhaan akhirat ... Bersama - samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran , juga sentiasa bersangka baik Insyaallah . Bermuhasabah lah bagi wanita - wanita diluar sana , adakah anda mampu untuk menjadi seperti ini ?
Sumber : FB Mohd Farith

No comments: