Partime Job

Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Sunday, 17 May 2015

Biskut teddy bear


Sunday, 10 May 2015

Soft Chocolate Chip Cookies


Biskut untaian kasih

Biskut untaian kasih...

Friday, 2 August 2013

Tart Eropah, Kurai Cookies, Sampan Cookies, Dahlia Cookies di Muar, Johor

Mereka yang berada di Muar Johor.. Boleh dapatkan Semua kuih pada agen kami iaitu Aza Comel.. Contact Number : 013-2028878

Tart Eropah & Kurai Cookies di Temerloh

Kepada mereka yang berada diTemerloh.. Boleh dapat kan Kurai Cookies & Tart Eropah Di K.Yah Cake Temerloh


Kurai Cookies di Kuantan

Kepada mereka yang berada di Kuantan.. Boleh dapatkan Kurai Cookies di Intan Oven's


Thursday, 25 October 2012

Wednesday, 29 August 2012

Biskut Makmur

Thanks to Fida, Temerloh
huhu.. Orang sibuk p beraya.. Kita pulak sibuk buat kuih raya untuk orang sampaikan tuan punya tokei xda kuih raya tahun ni.. huhu

Korang nak resepi tak? Moh ler jenguk2 resepi dari ibu tersayang..

Sumber : Our mom (Safiah Binti Omar)
Ditulis semula : Sj Homemade Cookies (puterisalju122.blogspot.com)

Biskut Makmur

Bahan - bahan Doh :
500gram tepung gandum
200gram minyak sapi
20gram gula aising

Cara - Cara :
 Gaul semua bahan sehingga sebati & menjadi doh. Jika lembik tambah lagi sikit minyak sapi yer..)

Bahan - Bahan Inti :
kurma secukupnya (dikisar)
kacang tanah secukupnya (digoreng & ditumbuk halus)

Cara - Cara :
Gaulkan kedua2 bahan sehingga boleh dikepal kecil2..

* Ambil sedikit doh dan letakkan inti. Buat bulat2 mengikut saiz yang dikehendaki. Jika buat sebesar ibu jari boleh dapat dalam 70biji. Bakar pada suhu 160 darjah selama 25minit atau sehingga masak. Bila dah sejuk, gaulkan biskut tadi bersama gula aising.

Mudah je kan.. selamat mencuba..!!


Print resepi : Biskut Makmur


Saturday, 3 September 2011

Kuih ku di Intan Oven, Kuantan...

kuih ku di Intan Oven.. huhu
Kepada saper2 yang still mencari kuih2 raya sebelm berangkat ke rumah masing2 boleh ler shoping
di Intan Oven Kuantan atau cawangannya di Carrefour terpilih berdekatan anda (Wangsa Maju, Midvalley, Subang Jaya. Alamanda, Shah Alam, Batu Pahat & Seberang Jaya)...

wink..wink.. 

Credit to Kak Intan.. (^_^)

Wednesday, 24 August 2011

Siap semuanya......

huahuahua.. tempahan org perseorangan yang terakhir telah pun siap... dan bakal dihantar dalam minggu ni jugak.. so.. kepada customer2.. tunggu di rumah... penghantaran akan dilakukan terus ke rumah anda...


Friday, 12 August 2011

Mahalnya kuih? Melampau tul harga...


Waduh2.... letihnyer badan... mcm nak tercabut dah pinggang ni.. huhu
Tempahan kuih raya sudah siap 80%... terasa kemalasan melanda plak nak abiskan 20%...
Harap2 tahun ni kuih raya utk rumah sendiri dapat ler buat dari tahun sebelum2 nie x sempat berkuih raya... huhu

Oh ye.. Time bulan puasa nikan.. bila dah sibuk kat rumah.. Menu untuk berbuka pasti x sempat nak masak..
So.. apa lagi.. beli jer la kan... Korang kat sana harga makanan kat paso ramadhan macam mana ek...?
Duk kat maran nie kemain mahal harga kuih.. Popia basah RM2 3 ketul.. terduduk eden.. bila dah bungkus terpaksa la bayo jugak kan... Kebetulan p Temerloh terjumpa lak popia basah.. Tanya dulu harga sbb takut bli2 mahal lagi... bila tanya RM2 5 ketul... apa lagi.. trus beli ler... murah n isi pun padat...
Gaji bila la nak naik kan.. kalo mcm nie letih.. silap2 keperluan anak x terbeli... huhu

Monday, 8 August 2011

Dah siap... (Updated)

Lama betul x post entry akibat kesibukan... huhu
untuk harini just nak info kepada kengkawan.... trip pertama kuih raya telah pun selamat dihantar di K-Shop AGRO Bazar, R&R Gambang. dan juga di Intan Oven, Kuantan.... kepada sesiapa yang berdekatan & ingin mendapatkan kuih raya kami.. bolehlah dapatkan disana ye... dan kepada mereka yang berada di Maran, Pahang boleh dapati kuih raya kami di Bengkel Siti Nora Enterprise... (^_^)

Sunday, 26 June 2011

Abis la kuih mama...


Abis la kuih mama.. macam mana nak wat sample ni..
Kakak dgn adik jerk bantai makan kuih mama ni... huhu... 
 malu ler... tgk ler tuh.. pas mandi x sabor2 nak mkn kuih... smp x sempat nak pakai baju... huhu

Wednesday, 15 June 2011

Penat tul arini...

Arini pagi2 p hosp bawa anak checkup... sementara tunggu ambil no giliran dan no dipanggil.. 
budak2 ni main dulu kat kids corner...

sampai hosp.. letak kad tunggu nama kene panggil untuk amik no giliran, 5-15 minit gak la.... pas da dapat tunggu lagi untuk amik no giliran seterusnya lagi 5-15 minit.... dan inilah no giliran untuk bertemu dengan pakar leher... huhu
sampai jerk kat unit pakar..  pendaftaran antara 5 - 15minit.. pastuh tunggu g 90 minit baru dapat jumpa doc pakar.. tapi bila dikira2 semula.. lebih 90 minit tunggu giliran kene panggil..
Kul 11.30 baru dapat jmp doc.. huhu




Pas lik dari hosp... duk ngejar lik rumah untuk sesi menyiapkan inti nenas untuk inti tart nenas..huhu
ni lah group pertama inti nenas.. arini proses mengeringkan air nenas dulu.. esok baru ler letak gula & bahan2 lain... huhu

Thursday, 7 April 2011

Promosi Biskut Raya 2011..!!!


Hai all… tak lama lagi nak puasa kan? Pastu nak raya kan? Kan.. kan.. kan… tau tak sebab apa puteri cakap pasal puasa? Pasal raya?

Haa.. rasanya semua boleh agak apa maksud puteri… Kalo dah gambo dapur terpapar.. mesti lah tau kan? Huhu… Puteri tengok ramai dah start buat promosi kuih raya.. So.. puteri pun nak buat promosi jugak lah.. hehe

Sebelum nie puteri just iklankan kat facebook sbb masa tuh x pandai lagi nak berblog nih..

So, bila dah ada blog puteri nak promosi la kat u all produk2 kuih raya yang puteri jual.. Tengok dah ramai yang start buat promosi.. Puteri pun nak mula promosi gak lah... Boleh tengok kat bawah ni yerk senarai2 kuih yang puteri buat… kalo ada yang berminat boleh ler oder untuk raya.. Saper2 nak jadi agen pun boleh.. Puteri akan bagi harga borong…
Biskut Tart Eropah


Price : RM22.00/50pcs

Biskut Kurai
Price : RM22.00/60pcs
Biskut Dahlia
Price : RM20.00/55pcs
Biskut Tart Purdah
Price : RM20.00/40pcs
Biskut Sampan
Price : RM23.00/50pcs
Biskut Nestum Lapis Coklat
Price : RM22.00/50pcs

Biskut Manggis

Price : RM25.00/40-50pcs

Biskut Mama Carry

Price : RM20.00/50pcs


Selain tu.. Puteri ada juga menjual coklat untuk musim perayaan ni yer.. berminat bleh tempah..
Coklat Crispy RM35/50biji

Coklat badam RM35/50biji

Kepada customer2 lama yg telah menjadi customer setia sejak lebih 30 tahun lalu.. Jangan oder last minit yer macam tahun2 sebelum nie..

Nanti ada yang tak makan kuih raya lagik.. hik hik hik…

Tarikh tutup oder : 15 Ogos 2011


Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puteri di talian 017-9314248 atau email ke chajabil@gmail.com atau boleh juga tinggalkan komen kat blog ni yerk..