Partime Job

Sunday, 19 February 2012

Tiramisu Biskut

Hari Isnin aritu Raisha minta kek. Dia kata nak buat kek sama2. Puteri pun jawab la tunggu hari minggu baru kita buat. Keesokan harinya tengok barang kat rumah ada n ada sedikit kerajinan nak buat kek. Tanya semula Raisha nak buat kek tak? Raisha pun jawab "Tak nak la.. Kita buat kek hari minggu la." Mm.. pandai lak menjawab anak Puteri yang sorang ni.

So.. Hari ni buat ler kek Tiramisu. Oh yer.. Korang mesti perasan resepi yang Puteri bagi ni tak guna gula.. Bukan apa.. dulu pernah guna gula Tiramisu ni jadi manis plak walaupun just letak 2 sudu besar gula. Sebab tu Puteri tak guna gula.. Ok la.. Selamat menjamu selera dan Selamat mencuba.
Bahan-Bahan :
250g Whiping cream
biskut marie secukupnya
250g cream cheese
1 cawan air panas
1 sudu kecil nescafe

Cara-Cara :
Bancuh nescafe bersama air panas dan ketepikan. 
Pukul whiping cream, cream cheese sehingga kembang & fluff. Susun biskut marie dalam acuan. siram 1/3 cawan air nescafe sedikit2 ke atas biskut marie tersebut.
Letak adunan cream cheese tadi 1/3 dariapda adunan. Ulang langkah yang sama sehingga 3 lapisan.
Simpan dalampeti sejuk selama 2-3 jam sebelum dihidangkan. Taburkan serbuk chocolate di atas Tiramisu sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba !!

No comments: