Partime Job

There was an error in this gadget

Friday, 15 June 2012

Mati tergantung di atas pokok

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui mati tergantung di atas pokok di tepi sungai di Taman Pekan Baru, Sungai Petani pada jam 9 pagi, semalam.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui orang awam yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis.

Mangsa yang lengkap berpakaian itu memakai baju T warna biru dan berseluar pendek paras lutut warna coklat dipercayai bekerja sebagai buruh dan sudah lama menetap di negara ini.

Berdasarkan tinjauan mendapati, terdapat seutas tali bersaiz besar diikat pada bahagian batang pokok yang ditemui berhampiran lokasi kejadian.

Bagaimanapun, tujuh anggota polis yang masuk ke lokasi kejadian mengambil masa selama 30 minit bagi menurunkan mangsa.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, siasatan lanjut akan dijalankan terhadap kes berkenaan bagi mengetahui identiti mangsa dan menyiasat punca kejadian.

Kejadian itu menggemparkan orang awam yang melalui kawasan berkenaan untuk berhenti dan menyaksikan insiden yang berlaku.

sumber : sinarharian

No comments: