Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 19 April 2012

Warga emas maut ketika keluar sarapan

IPOH - Seorang warga emas maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Lahat, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Tan Kin Sin, 71, dari Bandar Lahat Baru dipercayai baru keluar dari rumah untuk bersarapan pagi di kawasan berhampiran.

Ketua Bahagian Keten­teraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Supe­rintendan Wan Shahruddin Wan Omar berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori Loh Bak Hee, 35, dalam perjalanan menuju ke Pasir Puteh sebelum didatangi motosikal yang ditunggang mangsa.

Katanya, motosikal yang ditunggangi mangsa secara tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri jalan dan belok ke kanan lalu bertembung dengan lori berkenaan.

“Pemandu lori yang cuba mengelak kenderaannya ke sebelah kanan jalan terlanggar sebuah lagi motosikal yang ditunggangi Hew Kooi Yew, 54, dari Lahat yang datang dari arah bertentangan.

“Penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan siku kiri serta dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, mayat mangsa yang maut di tempat kejadian dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk dibedah siasat.

Katanya, hasil bedah siasatan mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan dalaman yang serius (intraabdominal injury).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kemalangan,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: