Partime Job

Thursday 19 April 2012

Buruh 'ditelan’ pasir

TAIPING – Seorang warga Nepal berusia 28 tahun ditemui mati lemas selepas tertimbus di dalam pasir ketika melakukan kerja-kerja kimpalan enjin penyedut pasir, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Shambu Limbu bekerja di tempat penyedut pasir di Kampung Datuk Sagor, di sini.

Menurutnya, mangsa cuba diselamatkan enam rakannya selepas terjatuh ke dalam pasir berkenaan tetapi tidak berjaya kerana hujan dan arus deras Sungai Matang.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang. Rakan sekerja mangsa kemudian melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Kuala Sepetang.

“Kita bersama beberapa agensi terlibat telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa tetapi tidak menunjukkan sebarang petanda positif dan kemudiannya menangguhkan pencarian,” katanya.

Katanya, operasi diteruskan awal pagi ini (semalam) dan berjaya menemui mayat mangsa jam 9.47 pagi di tempat mangsa melakukan kerja kimpalan dalam keadaan tertimbus di bawah pasir.

“Mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat dan mendapati mangsa mati lemas,” katanya.

Operasi ini turut melibatkan Jabatan Pertahanan Awan Malaysia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Marin.

sumber : sinarharian

No comments: