Partime Job

Thursday 19 April 2012

TPM: Pelajar cemerlang tajaan kerajaan perlu kembali berkhidmat kepada negara

KUALA LUMPUR -- Pelajar cemerlang yang menerima tajaan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dinasihat supaya mengambil peluang untuk menyerlahkan potensi diri dan kembali berkhidmat kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana kadang kala, potensi seseorang individu hanya akan dapat diserlahkan apabila mereka diberi peluang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam mengharungi persekitaran global yang semakin kompetitif dan mencabar tidak mustahil generasi pelajar yang ditaja hari ini akan mencapai kejayaan yang tidak mampu dicapai ketika ini.

"Sehubungan itu, saya ingin berpesan kepada pelajar sekalian selaku generasi muda bahawa masa depan negara kita terletak di bahu anda semua.

"Oleh itu, gunakanlah peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan apabila tamat pengajian nanti, curahkanlah khidmat bakti anda kepada negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian surat tawaran iasiswa Nasional kepada 50 pelajar yang mendapat A+ bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, hari ini

sumber : sinarharian

No comments: