Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 19 April 2012

Mengandung 25 kali

PASIR PUTEH: Seorang wanita layak digelar ‘mak cik super’ apabila mampu mengandung sebanyak 25 kali sejak berkahwin pada usia semuda 16 tahun, 43 tahun lalu.

Bagaimanapun, daripada 25 kandungan, wanita itu, Zaharah Talib, 59, hanya melahirkan 19 anak selepas enam daripadanya keguguran.


Zaharah atau lebih dikenali sebagai ‘Mok Roh’ mendedahkan, antara rahsia dia mampu mencipta rekod itu adalah dengan mengamalkan minum air kunyit, akar delima dan akar inai, malah mendakwa tidak pernah makan ‘ubat hospital’ ketika berpantang selepas bersalin.

Katanya, dia mendirikan rumah tangga ketika berusia 16 tahun dengan Zainuddin Daud yang ketika itu berusia 25 tahun sebelum berpisah 19 tahun lalu.


“Saya memang tak sangka mampu mengandung sebanyak 25 kali dan dikurniakan anak yang ramai. Selepas berkahwin dan mendapat anak pertama, saya terus mengamalkan minum air kunyit, akar delima dan akar inai bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan selepas bersalin selain berpantang selama 100 hari.


“Selain itu, saya tidak pernah menolak permintaan suami untuk ‘bersama’. Syukur kerana sehingga kini saya masih sihat dan kuat, malah tidak mempunyai masalah kesihatan sehingga mampu membaca al-Quran dengan baik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Pak Amat dekat sini, kelmarin.

Menurut ibu tunggal itu, tiga daripada 19 anaknya sudah meninggal dunia ketika kecil dan akibat kesempitan hidup, tiga lagi anaknya terpaksa diserahkan kepada orang lain untuk dipelihara bagi menjamin masa depan mereka.


Katanya, dia hanya sempat mencurahkan kasih sayang kepada 13 anak.

“Ketika mengandung anak kesepuluh, saya pernah mencuba amalan meminum air akar kayu tertentu supaya tidak mengandung, namun usaha itu tidak berhasil sehinggalah saya mengandung sebanyak 25 kali.


“Saya reda dengan ketentuan Ilahi yang memberi kekuatan kepada saya untuk mengandung sebanyak itu dan bersyukur kerana mempunyai ramai anak,” katanya yang mempunyai anak berusia 43 hingga 19 tahun membabitkan tujuh lelaki dan 12 perempuan serta mempunyai 25 cucu.


Menceritakan zaman sukar ketika membesarkan anak, Zaharah berkata, dia memerlukan 30 kilogram (kg) beras untuk tempoh sebulan, manakala masakan hariannya ialah tiga kilogram ikan dan enam ekor ayam serta sayur.


“Jika nak makan bihun goreng, tiga bungkus baru mencukupi, kalau kurang semua anak-anak akan bising dan saling berebut makanan kerana masih lapar. Saya juga terpaksa membuat kuih jemput dengan bahannya tiga kilogram tepung gandum sehari, ” katanya yang mengambil upah menoreh getah dan menjadi pembantu kantin sekolah sebelum berpisah dengan suaminya.


Menurutnya, dia tidak pernah mengeluh dan tetap bersyukur kerana memiliki anak yang ramai dan kini semua anaknya mampu mencari rezeki sendiri.


Katanya, dia terkilan kerana ketika dihimpit kemiskinan, kelurganya tidak pernah menerima bantuan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mahupun agensi kerajaan.


“Permohonan untuk mendapatkan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga masih belum mendapat kelulusan,” katanya.

sumber : hmetro

No comments: