Partime Job

Thursday 19 April 2012

Personaliti TV veteran Dick Clark meninggal dunia


PENERBIT TV, pengacara "American Bandstand", Dick Clark, yang membantu memperkenalkan program tarian rock ‘n’ roll sehingga mendapat sambutan ramai meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Pegawai publisitinya, Paul Shefrin berkata, Clark mengalami serangan jantung dan meninggal dunia di Pusat Kesihatan Saint John, di Santa Monica, California.

Personaliti TV Amerika terkenal itu merupakan pengacara paling lama untuk syarikat penyiaran ABC yang menyiarkan program "New Year's Rockin' dan dipancarkan dari terus dari Times Square di Manhattan.

“Clark telah dimasukkan ke hospital pada malam Selasa lalu dan sepatutnya hanya mendapat rawatan pesakit luar.

“Bagaimanapun cubaan untuk memulihkan Clark selepas serangan jantung tidak berjaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengacara veteran itu memulakan kerjayanya sebagai juruhebah TV di Utica, New York.

Beliau kemudiannya beralih ke penyiaran televisyen yang akhirnya berjaya melonjakkan namanya sebagai pengacara serta berjaya menerbitkan puluhan program termasuk Anugerah Muzik Amerika dan Golden Globes.

Beliau sering tampil di khalayak dengan imej muda sejak dari era 70-an sehingga beliau digelar ‘remaja tertua di Amerika’.

Karier beliau mulai perlahan selepas mengalami serangan strok pertama pada Disember 2004 dan pertama kali beliau tidak muncul pada program sambutan malam tahun baru dilancarkan pada tahun 1972.

Bagaimanapun, tahun berikutnya, Clark kembali mengacara program berkenaan yang dihoskan bersama pengacara terkenal "American Idol", Ryan Seacrest sebelum mengumumkan akan mengundurkan diri.

"Saya amat sedih dengan kehilangan kawan baik saya, Dick Clark.

"Beliau benar-benar merupakan salah satu pengaruh yang besar dalam hidup saya," kata Seacrest dalam Twitternya.

sumber : sinarharian

No comments: