Partime Job

Thursday 19 April 2012

Terima kasih jaga rumah P Ramlee

KUALA LUMPUR: “Terima kasih Seniman, terima kasih Umno dan terima kasih kerajaan kerana sudi mempertahankan rumah warisan P Ramlee ini.

“Sesungguhnya kesudian mereka menghulurkan bantuan mengurangkan bebanan ditanggung saya selama ini,” kata menantu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Surijaninghih Bakar, 43, yang bersyukur selepas dikunjungi rombongan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Exco Pemuda Umno Malaysia, semalam dan diberikan bantuan melangsaikan tunggakan cukai pintu rumah peninggalan Seniman Agung itu di Taman Setapak Jaya.


Surijaninghih berkata, pada 11 April lalu, dia terkejut selepas menerima notis yang rumah berkenaan akan disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kegagalannya melangsaikan tunggakan cukai pintu berjumlah RM10,151.50 melalui nama arwah suaminya, Allahyarham Nasir P Ramlee.

“Beberapa hari lalu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang menyedari bebanan itu memberikan diskaun 43 peratus atau RM4,385 sebelum meminta saya melangsaikan baki RM5,766.50. Itu pun dibayar secara ansuran iaitu RM259 sebulan dalam tempoh dua tahun bermula April 2012 hingga Mac 2014,” katanya.


Menurutnya, ketika dikunjungi rombongan Pemuda Umno, dia tidak menyangka pergerakan itu bersedia melangsaikan baki hutangnya termasuk membayar bayaran cukai pintu RM216 setahun bermula tahun ini hingga selama-lamanya

sumber : hmetro

No comments: