Partime Job

Thursday 19 April 2012

Melambung angkat kon

ALOR GAJAH: “Saya berlari mendapatkan rakan yang sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah di tepi longkang manakala seorang lagi rakan, terbaring di tepi jalan mengerang kesakitan,” kata saksi kemalangan yang mengorbankan tiga orang di Kilometer 199.0, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke selatan dekat sini, petang semalam.

Muhammad Efendi Osman, 30-an, berkata apabila mendapati rakannya, Muhammad Azizul Safian Suri, 28, sudah tidak bergerak, dia bergegas ke arah seorang lagi rakan sekerjanya, Ishak Mohamad, 56, yang meraung kesakitan di tepi lori sebelum menghubungi pasukan penyelamat.
Ketiga-tiga mereka baru selesai membaiki sebuah lori milik Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang rosak apabila kemalangan itu berlaku.

Menurut Efendi, kejadian berlaku ketika dia bersama Muhammad Azizul dan Ishak berada di belakang lori MPJ mengangkat kon selepas selesai membaiki kenderaan itu, kira-kira jam 3 petang.


“Ketika kejadian, saya bersama Muhammad Azizul dan Ishak berada di belakang lori mengangkat kon selepas selesai membaiki kenderaan itu yang rosak di tepi lebuh raya.

sumber : hmetro

No comments: