Partime Job

Thursday 19 April 2012

Syak dicuri anak saudara sendiri

KIJAL – Seorang pembantu tadbir wanita kehilangan seunit kamera digital jenama Nikon yang disyaki dicuri anak saudaranya sendiri, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Darat, dekat sini, 14 April lalu.

Sebelum menyedari kehilangan kameranya, pengadu keluar dari rumahnya kira-kira jam 4.30 petang untuk melihat tapak rumah barunya dan meninggalkan rumahnya dalam keadaan berkunci.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar berkata, kira-kira sejam kemudian pengadu pulang ke rumahnya untuk mengambil kamera digitalnya namun kamera berkenaan tiada di tempat yang disimpannya.

“Pengadu mengesyaki anak saudaranya yang berusia 19 tahun mengambil kamera berkenaan kerana sebelum ini dia dapati terdapat juga barang-barang lain telah hilang,” katanya.

Berikutan itu, pengadu kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 7.20 malam pada hari berkenaan.

Justeru itu, kata Abd Marlik, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

sumber : sinarharian

No comments: