Partime Job

Thursday 19 April 2012

Kes pelajar hilang masih disiasat

KUANTAN - Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan remaja perempuan berusia 17 tahun yang didakwa melarikan diri mengikuti seorang bomoh tua dikenali sebagai ‘Ravi’ sejak 7 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof berkata, pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, foto bomoh berusia 53 itu diedarkan untuk dihebahkan media massa kelmarin.

‘’Setakat ini, belum ada sebarang perkembangan terbaru mengenai mangsa dan lelaki terbabit.

“Bagaimanapun kita yakin dapat mengesan pelajar itu tidak lama lagi,’’ katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kelibat pelajar serta lelaki terbabit diminta menghubungi IPD Kuantan di talian 09-5652222.

Kehilangan Balvin Kaur, 17, dilaporkan Sinar Harian semalam selepas bapanya, Raghbir Singh, 44 membuat kenyataan media berhubung kehilangan anaknya itu.

Balvin dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Fairmount di sini kira-kira pukul 12 tengah hari pada 7 April lalu tanpa disedari keluarganya.

Pelajar tingkatan lima itu dipercayai mengikuti seorang lelaki tua yang dikenali sebagai ‘Ravi’ yang juga kenalan keluarganya.

sumber : sinarharian

No comments: