Partime Job

Thursday 19 April 2012

Suami isteri larikan rantai emas

KULIM - Polis berjaya mengesan nombor pendaftaran motosikal digunakan sepasang suami isteri ketika melarikan rantai dan loket dari sebuah kedai emas kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis sedang menjalankan siasat dan sudah mengenal pasti alamat pasangan itu berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Dalam kejadian petang kelmarin, si isteri masuk ke dalam sebuah kedai emas dan berjaya melarikan barang kemas bernilai RM6,000.

“Modus operandi digunakan, si suami menunggu di luar dengan motosikal manakala isterinya masuk ke dalam kedai dan menyamar sebagai pelanggan,” katanya.

Menurutnya, si isteri meminta petugas kedai emas menunjukkan rantai dan loket. Setelah melihat dan merampas barangan itu, dia kemudiannya melarikan diri bersama suaminya yang sudah bersedia di luar.

“Polis yakin, mereka akan dapat dikesan sedikit masa lagi.

“Saya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu supaya membuat laporan dimana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dua pegawai polis menyoal seorang pekerja kedai itu berhubung kes kecurian terbabit.

sumber : sinarharian

No comments: