Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 19 April 2012

Nyaris dilanggar penyamun

KOTA DAMANSARA - Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Town House Seksyen 7, dekat sini nyaris dilanggar dua motosikal yang ditunggangi geng pecah kereta dalam kejadian awal April lalu.

Pengerusinya, Idris Dain berkata, kedua-duanya cuba melarikan diri selepas anggota ronda terserempak dengan seorang daripada suspek yang hendak memecah sebuah kereta milik penduduk.

Menurutnya, salah sebuah motosikal lolos di pintu keluar utama dan selebihnya melarikan diri melalui jalan lain.

“Ini antara kejadian jenayah yang berjaya dipatahkan penduduk melalui rondaan yang baru dimulakan sejak lebih sebulan lalu,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini kawasan perumahan itu kerap berlaku kejadian pecah rumah dan kenderaan.

Difahamkan, kawasan yang dibuka sejak 1996 itu mempunyai 200 unit rumah.

“Lazimnya kejadian jenayah terutama membabitkan kes pecah rumah berlaku pada waktu siang hari dan ketika ini pasukan ronda juga akan digerakkan pada waktu siang dan juga pada waktu malam,” katanya.

Menurutnya, penduduk digalakkan untuk menyertai rondaan bagi meramaikan lagi tenaga kerja sukarela.

“Lebih ramai yang menyertai lebih bagus kerana kita tidak mahu penjenayah mengambil kesempatan di atas kelalaian penduduk selama ini,” katanya.

Sementara itu, wakil polis Balai Kota Damansara, Sarjan Mejar Abdul Latiff Awang yang menyertai rondaan bersama penduduk kawasan itu memberitahu, usaha komuniti di situ mengadakan rondaan wajar diteruskan.

“Jika ada tangkapan penjenayah, serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: