Partime Job

Thursday 12 April 2012

Sanggup kongsi derita bapa


KUANTAN - Melihat penderitaan bapanya, seorang anak sanggup berhenti kerja sebagai kerani di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung demi menjaga insan tersayang itu.

Hairul Nizam Samsuddin, 32, tidak betah membiarkan ibunya, Rohani Mohamed, 61, menjaga bapanya lantaran turut mengalami masalah kesihatan.

Dia nekad berhenti kerja setahun lalu dan menjaga bapanya, Samsuddin Zainal, 63, yang menghidap penyakit tua.

“Bapa saya memang sudah sakit tua malah mengalami masalah penglihatan (buta) sejak 26 tahun lalu selepas demam panas ketika masih berkhidmat sebagai askar di Kem Batu 10.

“Bagaimanapun, akibat masalah kesihatan itu, dia dinasihatkan supaya bersara awal kerana tidak mahu memberi khidmat lagi,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah sempena Hari Warga Emas Kelab Warga Emas Beserah, di rumahnya di Kampung Baru.

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Abdul Rahim Abas dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Baru, Omar Mahmud.

Hairul Nizam berkata, keadaan bapanya semakin teruk selepas terjatuh dalam bilik air sebulan lalu sehingga mengalami patah bahu dan paha.

“Sejak itu, bapa hanya terlantar di katil malah memerlukan sepenuhnya selain perlu memakai lampin pakai buang.

“Doktor memberitahu keadaan bapa mungkin akan sembuh dalam tempoh enam bulan lagi.

Katanya, walaupun ada adik-beradik yang lain tetapi memandangkan dia sahaja yang masih bujang, jadi dialah yang boleh mereka bergantung harap.

“Malah saya menerima tanggungjawab itu dengan hati yang terbuka. Selagi saya mampu menjaga mereka, saya akan lakukan,” katanya anak keempat daripada lima adik-beradik itu.

Hairul berkata, sejak berhenti kerja, dia tidak pernah memohon mana-mana kerja kerana bimbang jika ditugaskan di luar Kuantan.

Katanya, dia kini bergantung pada wang simpanannya selain duit pencen dan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bapanya.

sumber : sinarharian

No comments: