Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 18 April 2012

Perut saya bergegar

ALOR GAJAH: Jeritan seorang wanita hamil lima bulan mengejutkan orang ramai apabila kaki kanannya terbenam di dalam longkang di hadapan sebuah bank dekat sini, pagi semalam.

Kejadian jam 10.30 pagi itu berlaku ketika M Polanaviah, 27, berjalan di kaki lima deretan beberapa kedai menuju ke sebuah bank sebelum kakinya terpijak seketul batu kerikil, menyebabkan dia tergelincir dan kaki kanannya terbenam dalam longkang yang penutupnya rosak.

Menurut Polanaviyah, 27, dia baru pulang menjalani pemeriksaan kandungannya di hospital, cuba mengawal imbangan badannya sebelum terjatuh di atas jalan hingga kaki kanannya termasuk dalam longkang.

“Ketika itu saya nampak ada beberapa lubang kecil di hadapan tapi tidak perasan pula ada beberapa batu kerikil di sebelah longkang berkenaan, menyebabkan saya terpijak batu terbabit dan jatuh dalam keadaan terduduk hingga perut saya bergegar.


“Dalam kesakitan, saya cuba menarik kaki keluar tapi lutut tersekat di antara penutup longkang itu,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.


sumber : hmetro

No comments: