Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 18 April 2012

Penyelia pelayan hotel maut rempuh pokok

MELAKA: Seorang penyelia pelayan cafe sebuah hotel lima bintang di bandar raya ini maut apabila Perodua Kancil dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Persisiran Pantai Limbongan dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, V Kaminesh, 30, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.


Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke hostel penginapannya di Kota Laksamana Utama dan sepatutnya memulakan tugas jam 6 pagi di hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Limbongan ke hostelnya di Taman Kota Laksamana Utama.


“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandu lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh pokok di bahu jalan, sebelum kenderaannya itu berpusing beberapa kali dan masuk ke dalam longkang,” katanya.

sumber : hmetro

No comments: