Partime Job

Monday 16 April 2012

Penjawat awam dan dua saudaranya cedera teruk diserang

KUCHING: Seorang penjawat awam berusia 28 tahun mengalami kecederaan agak teruk di muka manakala dua lagi saudaranya cedera ringan apabila diserang oleh sekumpulan lelaki di salah sebuah pusat hiburan di Batu Tiga, di sini, awal pagi semalam.
Dalam insiden sekitar jam 1 pagi itu, difahamkan mangsa bersama saudaranya yang merupakan seorang tentera berusia 25 tahun dan seorang penganggur berusia 18 tahun didatangi oleh 10 lelaki yang bertindak menyerang mereka.
Kesemua mangsa berasal dari Kampung Baru, di Kota Samarahan.
Mereka dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan.
Dalam kejadian berasingan, dua pekerja tapak pembinaan cedera di bahagian muka dan kepala setelah dibelasah oleh lapan lelaki di pusat komersial King Centre ketika dalam perjalanan balik ke asrama di Jalan Song, sekitar jam 4 pagi.
Kedua-dua remaja berumur 20 tahun dan 16 tahun dari Sarikei itu berjalan kaki ke asrama mereka dengan menggunakan jalan pintas menerusi Tabuan Dayak apabila sebuah kereta Proton Iswara menahan mereka.
Rakan sekerjanya yang menerima panggilan mengenai insiden itu seterusnya menghantar mereka ke HUS untuk rawatan lanjut.
Punca kedua-dua serangan tidak dapat dikenal pasti.


sumber : theborneopost.com

No comments: