Partime Job

Monday 16 April 2012

Takutkan polis trafik akhirnya maut setelah dilanggar kereta Kancil

MIRI: Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia akibat perlanggaran dengan sebuah kereta Kancil.
Remaja lelaki itu dipercayai cuba melepaskan diri daripada operasi sekatan jalan raya di Luak pada tengah malam kelmarin.
Mangsa yang berusia 19 tahun, berasal dari Kampung Selanyau Bekenu meninggal dunia pada jam 8 pagi semalam setelah mendapat rawatan di Hospital Miri.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 11.50 malam kelmarin (Sabtu) ketika mangsa dalam perjalanan dari pusat bandar raya ke kawasan Luak.
Ketika menghampiri kawasan Luak Esplanade, mangsa secara tiba-tiba membuat pusingan `U’ dipercayai cuba menghindari daripada diperiksa oleh polis trafik dalam operasi sekatan jalan raya di kawasan berkenaan.
Malang tidak berbau apabila mangsa telah memasuki lorong arah bertentangan dan dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang menuju ke arah Luak.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan tetapi meninggal dunia pagi semalam.


sumber : theborneopost.com

No comments: