Partime Job

Monday 16 April 2012

Pemandu bas terbunuh selepas rempuh lori bawa kelapa sawit


SIBU: Seorang pemandu bas terbunuh selepas bas yang dipandunya merempuh sebuah lori yang sarat dengan muatan kelapa sawit di KM 105 Jalan Sibu-Bintulu pada jam 3.30 pagi semalam.
Pembantu bas yang mengalami kecederaan ringan mengenali si mati, pemandu bas sebagai Langgan berusia sekitar 50-an berasal dari Julau.
Bas yang membawa lebih daripada 10 penumpang itu hendak menuju ke Miri dari Kuching apabila ia tiba-tiba melanggar belakang lori yang diletakkan di tepi jalan.
Langgan tersepit di tempat duduknya dan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan hentaman yang kuat lalu meremukkan bahagian depan bas.
Berikutan rempuhan itu juga, bertandan-tandan kelapa sawit bertaburan di seluruh tepi jalan.
Ketika kemalangan itu berlaku, pemandu lori berkenaan sedang tidur di dalam kenderaan itu dan berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan cedera.
Kemudian dia terus pergi membuat laporan polis di Balai Polis Tatau.
Berikutan laporan tersebut, polis Mukah dengan segera datang ke tempat kejadian untuk membuat siasatan.
Tubuh Langgan telah dihantar ke Hospital Mukah.
Seorang lagi penumpang lelaki berusia 67 tahun mengalami patah kaki kanan. Beliau telah dihantar ke Hospital Sibu.
Tiga penumpang yang duduk di belakang Langgan turut mengalami kecederaan ringan.
Perjalanan mereka ke Miri terpaksa dibatalkan dan mereka terpaksa kembali ke Kuching selepas menerima rawatan di Klinik Selangau.


sumber : theborneopost.com

No comments: