Partime Job

Monday 16 April 2012

Kanak-Kanak mati lemas jatuh lombong

KUALA LANGAT - Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemui mati lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam bekas lombong di Bukit Tadom Labuhan Dagang di sini, semalam.

Mangsa, dipercayai kanak-kanak Orang Asli, sedang bermain dengan dua lagi rakannya sebelum terjatuh ke dalam lombong berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang semalam dan mayat mangsa berjaya ditemui 30 minit kemudian dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Mangsa di bawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat. Kejadian ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya kepada Sinar Harian.

Nordin turut menasihati ibu bapa memantau aktiviti anak-anak supaya kejadian seumpama itu tidak berlaku.

sumber : sinarharian

No comments: