Partime Job

Monday 16 April 2012

Pembantu kedai kopi maut dilanggar motosikal dan kereta

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu kedai kopi maut selepas dilanggar sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Kepong, berdekatan Pasar raya Fajar dekat sini hari ini, semasa cuba melintas jalan.

Goh Chin Chon, 45, yang berasal dari Taman Air Putih, Kuantan, Pahang maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, kata Pegawai Turus Siasatan
dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning kepada Bernama.

Katanya, dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, Goh yang bekerja di Singapura dilaporkan melintas jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal, menyebabkan mangsa tercampak ke tengah jalan dan dilanggar pula oleh sebuah kereta yang turut mengheret mangsa sejauh 50 meter.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - Bernama

No comments: