Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 16 April 2012

Dua maut, tiga parah dipanah petir


GUA MUSANG – Dua daripada lima lelaki warga Bangladesh yang dalam perjalanan untuk berteduh di sebuah rumah kongsi di ladang getah di Pos Blau dekat sini hari ini, maut dipanah petir.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Identiti mereka belum diketahui.

Tiga rakan mereka yang cedera menerima rawatan di Hospital Gua Musang(HGM).

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Md Robiul Islam, 32; Bashamin, 29, dan Lieon, 28.

Keadaan pekerja ladang getah itu stabil walaupun sebahagian tubuhnya masih terasa sakit.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah rumah kongsi yang terletak dua kilometer dari tempat kejadian berikutan hujan lebat dan petir.

Md Robiul, yang ditemui HGM berkata, semasa dalam perjalanan tiba-tiba petir menyambar dua rakannya menyebabkan mereka rebah.

Katanya, dia bersama dua lagi rakan dalam keadaan terhuyung-hayang kerana turut menerima panahan petir.

“Bagaimanapun, saya menasihatkan dua rakan saya yang turut cedera itu supaya duduk di situ walaupun dalam keadaan hujan lebat, sementara saya yang boleh berjalan terus mencari pekerja lain untuk mendapat bantuan,” katanya.

Menurutnya, dia bersama empat rakan itu sepatutnya berhenti kerja menanam anak getah jam 5 petang, tetapi disebabkan hujan dan petir kuat, mereka berhenti lebih awalbagi mengelak kejadian buruk.

“Hanya tidak sampai 10 minit perjalanan kami untuk berlindung di sebuah rumah kongsi itu, kedengaran bunyi letupan kuat sebelum saya ternampak dua rakan hangus dan terjatuh di situ.

“Saya, semasa itu juga, rasa takut melihat badan mangsa terbakar hingga hangus dan saya terus berjalan menemui mandur ladang untuk membawa saya bersama mangsa yang lain ke hospital,” katanya.

Md Robiul berkata, sebelum ini pernah berlaku kejadian petir sekuathari ini ketika hujan, tetapi tidak meragut nyawa pekerja.

“Kali ini amat menakutkan dan saya masih trauma melihat dua rakan yang hangus dalam kejadian itu,” katanya.

Ends

sumber : sinarharian

No comments: