Partime Job

There was an error in this gadget

Monday, 16 April 2012

Lima beradik sanding serentak


TAIPING - Lima beradik mencipta sejarah tersendiri apabila mereka bersanding serentak dengan pasangan masing-masing, semalam.

Bapa pengantin, Mohd Idrus Mohd Zain, 59, berkata, idea bersanding serentak itu timbul setelah mendapat pandangan daripada ahli keluarga yang bersetuju untuk melakukannya.

Menurutnya, persandingan serentak kelima-lima anaknya itu menjadikan majlis tersebut sangat istimewa dan menjadi sejarah buat keluarganya.

“Saya, isteri dan anak-anak bersyukur kepada ALLAH SWT kerana segala perancangan­ kami berjalan lancar dan dipermudahkan. Kami bersetuju mengadakan majlis ini serentak bagi menjimatkan masa dan perbelanjaan selain memudahkan banyak pihak,” kata pesara kerajaan yang ditemui pada majlis itu, semalam.

Majlis resepsi yang diadakan di Dewan Perbandaran Kamunting, itu menyatukan Illyana Mohd Idrus, 31, dengan Jamalullail Nordin, 31; Izzwan Mohd Idrus, 30, dengan Elyana Zizie Mohd Tarmizi, 30; Izzad Mohd Idrus, 29, dengan Nurdidi Zainuddin, 29; Iqram Mohd Idrus, 26, dengan Azalia Ibrahim, 25, dan Izzman Mohd Idrus, 25, dengan Siti Hajar Ahmad, 25.

Pada majlis itu, beberapa orang kenamaan turut hadir, antaranya Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Adun Aulong, Tew Tian Hoe.

Kelima-lima pengantin diarak dengan penuh tradisi serta diiringi anggota polis kerana Izzman seorang pegawai polis di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Undangan dianggarkan kira-kira 1,000 orang dengan penyediaan makanan daripada dua syarikat katering tempatan.

Mohd Idrus dan Isteri, Faridah Budin, 57, mempunyai sembilan anak, empat yang lain, Izzuddin Mohd Idrus, 22; Inani Syaza Mohd Idrus, 20; Izyan Syazwani Mohd Idrus, 18, serta Nur Izzah Mohd Idrus,17, masih belajar.

Ditanya kos kenduri itu, Mohd Idrus berkata, RM50,000 digunakan.

“Jika buat asing-asing, satu majlis kenduri boleh menelan belanja RM30,000 dan majlis serentak ini dapat menjimatkan kos,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: