Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 19 April 2012

Pelan iPad baru Maxis & Celcom bermula esok

Maxis Bhd menawarkan pelan data menarik bagi pengguna iPad generasi ketiga bermula 20 April menggunakan teknologi HSPA + dwi pembawa, dua kali ganda kuasa muat turun dan prestasi melayari internet yang telah dikemas kini.

Ipad generasi ketiga ini didatangkan dengan paparan retina baru, grafik baru A5X dengan quad teras, kamera lima mega piksel isight, keupayaan video 1080p berdefinisi tinggi dan daya tahan bateri sehingga 10 jam.

Celcom menawarkan pelan data dengan kelajuan 7.2 Mbps bagi pengguna iPad generasi ketiga untuk terus menikmati pengalaman kelajuan ketika melayari internet.

IPad generasi ketiga didatangkan dengan paparan baru retina, chip baru A5X dengan grafik quad teras bersama kamera isight lima mega piksel serta keupayaan merakam video dalam definisi tinggi 1080p. Ia turut didatangkan dengan daya tahan bateri sehingga 10 jam. Tawaran ini bermula 20 April ini (esok).

sumber : sinarharian

No comments: