Partime Job

Thursday 19 April 2012

Baiki meter parkir segera


RANTAU PANJANG – Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta supaya segera menangani masalah tempat letak kereta bermeter yang rosak, di sekitar pekan Rantau Panjang.

Pengguna mendakwa jumlah meter yang rosak tidak terlalu banyak, bagaimanapun ia menjejaskan mutu perkhidmatan pihak berkenaan di mata pengunjung, terutama yang datang dari luar Kelantan.

Sehubungan itu, pengunjung yang juga penduduk tempatan meminta supaya kakitangan bertugas lebih peka dengan mengenal pasti meter rosak, dan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengunjung berhubung kerosakan­ itu.

Pengguna, Masitah, 35, berkata, biar pun jumlah meter tempat letak kenderaan rosak tidak banyak, tetapi sedikit sebanyak turut menjejaskan imej PBT.

Menurutnya, sebagai penduduk tempatan, dia memohon supaya perkara ini dapat diatasi segera.

“Agak memalukan sekiranya pengguna terpaksa meletakkan kertas memberitahu mereka telah memasukkan duit ke meter tetapi tidak berfungsi.

“Elakkan perkara ini berlarutan kerana bakal menjejaskan imej pekan ini di mata pengunjung,” katanya.

Masitah berkata, dia gembira jumlah pengunjung ke Rantau Panjang semakin bertambah, dan tidak mahu masalah remeh membuatkan pengunjung beralih ke tempat lain.

Menurutnya, pekan kecil ini begitu terkenal dan menjadi antara lokasi tarikan utama pelancong ke negeri ini.

“Justeru, saya berharap pihak terbabit sentiasa meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna di pekan ini,” katanya.

Masalah kerosakan meter menyebabkan pengguna terpaksa meletakkan nota di kenderaan bagi mengelak disaman pihak berkenaan.

sumber : sinarharian

No comments: