Partime Job

Thursday 19 April 2012

Ibu kejam tikam 2 anak sampai mati

JAKARTA - Seorang ibu tunggal berumur 31 tahun ditahan di Tulung Agung, Jawa Timur, kelmarin selepas didakwa menikam dua anak perempuannya sehingga mati.

Bekas pembantu rumah di Singapura dikenali sebagai Yahmi itu dilaporkan membunuh kedua-dua anak kandungnya yang berumur tiga dan lima tahun di rumah ibunya pada Isnin lalu.

Menurut ibunya, Yahmi berkelakuan ganjil sejak bekas suaminya datang melawat mereka pada minggu lalu.

Polis kini sedang menunggu keputusan­ hasil pemeriksaan pihak hospital sama ada dia mengalami gangguan mental atau tidak semasa melakukan pembunuhan­ kejam tersebut.

sumber : sinarharian

No comments: