Partime Job

Wednesday 18 April 2012

Kg Sungai Pasu diiktiraf kampung abad ke-21

RAUB - Kementerian Pelancongan memilih Kampung Sungai Pasu di sini sebagai perintis kampung moden bagi program Inap Desa.

Bercirikan kampung abad ke-21, keseluruhan penempatan itu akan dimajukan dengan kemudahan perkhidmatan internet tanpa wayar (Wifi), namun mengekalkan ciri-ciri perkampungan tradisional dan keindahan alam semula jadi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata kampung tersebut mampu menarik kunjungan pelancong luar negara untuk mengenali budaya hidup kampung dan persekitaran semula jadi.

“Walaupun telah diiktiraf sebagai kampung moden tetapi nilai-nilai ketradisionalan kampung tersebut masih dikekalkan,” katanya kepada pemberita ketika melawat perkampungan tersebut, semalam.

Ng berkata penduduk kampung itu juga akan diberi pendedahan yang lebih luas tentang kemahiran seni kraf tangan dan penghasilan barang-barang cenderamata dari bahan-bahan semula jadi.

Menurut Ng, kampung tersebut tercalon juga kerana kreatitiviti penduduk-penduduk di situ menghasilkan seni kraf tangan yang telah diajar oleh beberapa tenaga pengajar dari Taiwan yang pakar dalam kraf tangan kertas, alam semula jadi dan kraf tangan kanak-kanak. - Bernama

No comments: