Partime Job

There was an error in this gadget

Wednesday, 18 April 2012

Cubaan seludup 400 kura-kura gagal

DHAKA 18 April - Pihak Kastam Bangladesh merampas lebih 400 kura-kura yang cuba diseludup dalam tiga beg pakaian melalui lapangan terbang utama negara ini, semalam.

Pegawai Kastam, Showkat Ara berkata, dua rakyat India turut ditahan berhubung rampasan terbabit yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal di ibu negara.

"Kesemua kura-kura yang dirampas bernilai AS$37,000 (RM121,000) diseludup ke Bangladesh dari India sebelum dibawa ke Bangkok, Thailand," katanya. - AFP

No comments: