Partime Job

Wednesday 18 April 2012

Kes simbah asid jadi kes bunuh

SHAH ALAM - Polis menukar kertas siasatan kes mangsa samun dan simbah asid, S Rani, 46, kepada kes bunuh selepas wanita itu maut di Hospital Selayang, kelmarin.

Mangsa, seorang guru, mati akibat melecur teruk di muka, badan dan tangan.

Sejak kejadian pada 27 Mac lalu, dia dilaporkan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.

Beliau berkata, sebelum ini dua suspek lelaki, berumur 30-an, ditahan di Rawang dan Kuala Kubu Baharu.

“Suspek yang ditahan di Kuala Kubu Baharu masih direman manakala rakannya itu dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Rahim berkata, siasatan kes masih diteruskan dan polis sedang mengumpul bukti kejadian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Rani maut, kira-kira jam 2 petang, selepas menderita 22 hari.

Insiden simbah asid itu berlaku di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sun Yook, Batu 17, Rawang.

Kejadian itu turut membabitkan tiga pelajar ketika mereka sedang menunggu bas, kira-kira jam 7 pagi.

Dua lelaki tidak dikenali menghampiri Rani dan meragutnya sebelum dia disimbah asid.

Pelajar terbabit hanya cedera ringan akibat terkena percikan simbahan asid selepas berlaku pergelutan antara Rani dan suspek.

sumber : sinarharian

No comments: