Partime Job

Thursday 19 April 2012

Drama : Bila dua sahabat asyik berkepit


TV3 dan Radius One Sdn Bhd yang pernah merangkul Anugerah Drama Komedi Terbaik di Anugerah Skrin 2008 menerusi drama Mr Mama, sekali lagi bekerjasama dengan pengarah berbakat besar, Shahrulezad Mohameddin menerbitkan drama komedi, Paan Paiz yang kini bersiaran setiap Rabu, 10 malam. Drama 13 episod ini, membariskan pelakon seperti Zahiril Adzim, Zalif Sidek, Sari Yanti, Norhayati Taib dan Razak Ahmad.

Drama nukilan Shamsull Hashim ini mengisahkan dua sahabat karib, Paan dan Paiz yang sering berkepit ke sana-sini, namun kemunculan ‘orang ketiga’, menjejaskan hubungan mereka.

Kisah bermula apabila, Paiz (Zahiril Adzim) ingin berkahwin. Paan (Zalif Sidek) marah dan mula siasat calon isteri Paiz. Satu demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir paling mengejutkan Paan! Rupanya, wanita yang ‘rampas’ kawan baiknya adalah adiknya sendiri, Dira (Sari Yanti).

Bimbang akan kehilangan kawan karibnya, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah, walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, sudah jodoh, Paiz akhirnya bersatu dengan Dira. Konflik tidak berhenti di situ, apabila Paiz sering berkepit dengan Paan, Dira pula rimas dan mahu mencari jodoh untuk abangnya. Apakah rancangan Dira akan berhasil?

Menurut Shahrulezad, pengalaman menghasilkan drama ini meninggalkan momen indah buatnya. Sepanjang penggambaran, segalanya lancar dan tiada masalah. Malah, dia menyifatkan produksi ini antara paling ceria dan kecoh kerana gelagat pelakon, Zalif Sidek dan Zahiril Adzim yang sangat menghiburkan.

“Hampir setiap hari kami ketawa dengan gelagat Paan dan Paiz. Paan (Zalif) pernah membuat kru produksi panik dan hampir memanggil ambulans apabila dia tidak dapat bangun sewaktu babak bersenam. Rupanya, dia kekejangan di perut kerana jarang bersenam. Kami harap Paan Paiz diterima penonton,” katanya.

sumber : sinarharian

No comments: