Partime Job

Thursday 19 April 2012

Madagascar kini kembali lagi!


Buat peminat yang sentiasa menyokong filem animasi ini, kemunculannya di pawagam sudah tentu ditunggu dan dinanti!

Menurut pengarahnya, Eric Darnell, sekuel ketiga Madagascar yang akan dilancarkan pada 7 Jun ini pasti akan menghiburkan penonton dengan telatah dan gelagat bintang Madagascar.

Filem animasi yang berunsur komedi dan aksi ini memaparkan kisah Alex, si singa, Marty si kuda belang, Gloria si badak air betina dan Melman si zirafah yang merentas bumi Eropah untuk cuba kembali ke bandar New York selepas 6 tahun terkandas di kepulauan Madagascar.


Selain Alex, Mart, Gloria dan Melman, perjalanan mereka turut disertai oleh kumpulan monyet, King Julien, Maurice dan The Penguins.

Sebaik sahaja Alex dan kumpulannya tiba di bandar Eropah, mereka terpaksa melarikan diri daripada tahanan pihak berkuasa kerana mereka didapati bersalah menceroboh dan merosakkan majlis rasmi di bandar tersebut.

Alex dan kumpulannya terpaksa menjadi haiwan sarkas untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

Pelbagai insiden dan kejadian lucu terpaksa diharungi mereka.

Menurut pengarah filem animasi, Eric Darnell yang mengarahkan filem ini sejak di sekuel pertamanya, inilah kali pertama Madagascar diarah oleh tiga pengarah filem secara serentak.

“Saya akui bukan mudah untuk bekerjasama dengan tiga pengarah yang mempunyai variasi idea dan kreativiti.

“Namun, itu adalah satu cabaran yang disambut baik oleh kami dan akhirnya kami berjaya menyiapkan sebuah filem hasil gabungan idea kami,” katanya.

Menurut pengarah itu lagi, filem Madagascar 3: Europe’s Most Wanted ini telah menelan bajet perbelanjaan sebanyak USD56 juta (RM172 juta)

Filem ini diarah oleh Tom McGrath, Eric Darnell, Conrad Vernon dan turut dibarisi oleh Ben Stiller yang memegang watak sebagai Alex si singa, Ben Stiller yang memegang watak sebagai Marty si kuda belang, David Schwimmer yang memegang watak sebagai Melman si zirafah dan Jada Pinkett Smith yang memegang watak sebagai Gloria si badak air betina.


Ada Pinkett kagum

ISTIMEWANYA, Madagascar 3 ialah filem yang dihasilkan oleh idea dan kreativiti daripada tiga orang pengarah yang mempunyai pengalaman penuh dan berbakat besar di dalam bidang ini.

Pelakon suara watak Gloria si badak air, Jada Pinkett Smith berkata, dia berasa teruja dapat bekerja dengan tiga pengarah filem untuk sekuel kali ini.

“Saya berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan kumpulan produksi dan pengarah yang berbakat seperti mereka.

“Sepanjang rakaman, saya dan rakan-rakan pelakon yang lain tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja di bawah tiga pengarah yang berbeza, mereka pengarah yang baik dan sentiasa memberikan tunjuk ajar,” katanya.


Filem over budget?

TERDAPAT desas-desus khabar angin yang mengatakan bahawa Madagascar 3 telah menelan belanja lebih daripada peruntukan asal.


Benarkah begitu?

Bagaimanapun, menurut salah seorang pengarah filem ini, Tom McGrath, Madagascar 3, masih mengikut bajet asal.

“Berbanding dengan Madagascar 2 dan Madagascar, filem animasi kali ini lebih berbajet kecil.

“Filem Madagascar yang pertama dan Madagascar 2 telah menelan bajet sebanyak USD75 juta,” katanya.

Kenyataan yang diberikan oleh pengarah tersebut sekali gus mematikan khabar angin tersebut.

sumber : sinarharian

No comments: