Partime Job

Thursday 19 April 2012

Cinta Masjid kali kedua


Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ampang menjadi lokasi pilihan kedua siri jelajah program, Cinta Masjid TV Alhijrah yang berlangsung Sabtu lalu. Program ini menerima sambutan menggalakkan apabila berjaya mencatatkan lebih 15,000 pengunjung.

Masjid Al-Azim dipilih menjadi lokasi program berdasarkan reputasi masjid yang baik bagi mengadakan pelbagai aktiviti dan program bersama masyarakat untuk mengimarahkan institusi masjid tersebut.

Antara pengisian program ialah, demonstrasi seni tulisan khat, rakaman 60 minit bersama Ustaz Don, pertandingan azan, pidato, qasidah, pertandingan memakai hijab, sukan rakyat, cinta Al-Quran dan pelbagai lagi.

Program Cinta Masjid merupakan tanggungjawab sosial korporat TV Alhijrah kepada masyarakat yang sentiasa memberi sokongan. Ternyata matlamat murni ini dapat menggalakkan masyarakat mencintai dan mendekati masjid.

Selain dapat bersama-sama mengimarahkan masjid, Cinta Masjid juga berpeluang mendekati masyarakat dan mengeratkan silaturahim bersama kakitangan TV Alhijrah. Berdasarkan respons positif yang diterima, program ini akan bergerak ke seluruh negara untuk bertemu masyarakat menerusi masjid-masjid terpilih.

sumber : sinarharian

No comments: