Partime Job

Thursday 19 April 2012

Cedera turun Genting

GENTING HIGHLANDS: Seorang lelaki warga Afrika cedera selepas kereta dipandunya gagal mengelak tanah runtuh ketika dia dalam perjalanan turun dari pusat peranginan Genting Highlands, di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Kilometer (KM) 3, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, dan mangsa yang berusia 30-an ketika itu dikatakan memandu sendirian.


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, mangsa tidak dapat mengawal kereta Toyota Camry dipandunya sebelum terbabas dan merempuh timbunan tanah runtuh di laluan berkenaan.

Menurutnya, lelaki terbabit yang identitinya belum dikenal pasti cedera di kepala dan tangan dihantar ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan.


“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.30 petang sebelum dua jentera dari Balai Bomba Genting Highlands dan Bentong bersama 19 anggota digegaskan ke tempat kejadian.


“Pemeriksaan mendapati tanah runtuh berlaku disebabkan hujan lebat berterusan sejak tengah hari membabitkan laluan naik dan turun dari pusat peranginan itu. Bagaimanapun ia tidak menjejaskan pergerakan trafik di sekitar kawasan terbabit,” katanya.

sumber : hmetro

No comments: