Partime Job

Monday 16 April 2012

Anwar dah jadi pelupa

SINTOK: Tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini seperti mana boleh diperoleh di negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Biarlah, mereka (negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma. Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terbabit.


“Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti. Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu Ketua Pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.


“Itulah Anwar, dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa,” kata Dr Mahathir tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan cadangan Anwar untuk memansuhkan PTPTN adalah sandiwara semata-mata kerana menurut pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Menurut blog itu, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.


Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata dalam pentadbiran sesebuah negara, pemimpin bukan sahaja perlu mahir dalam ilmu pengurusan pentadbiran tapi perlu ada kecekapan dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi dan kajian saintifik.

Beliau berkata kecekapan dalam bidang berkenaan diperlukan bagi melengkapkan keupayaan pengurusan dalam negara di samping mengelakkan negara daripada menjadi muflis. - Bernama

No comments: