Partime Job

Thursday 22 March 2012

Tokoh politik wanita Pahang meninggal dunia


PEKAN - Tokoh politik yang juga bekas wakil rakyat wanita pertama Pahang, Datuk Shamsiah Abdul Hamid, 86, meninggal dunia akibat diserang angin ahmar awal pagi semalam.

Anak kelima Allahyarhamah, Tengku Datuk Mustafa Tengku Husin berkata, bondanya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada jam 4.50 pagi, semalam.

Difahamkan, Allahyarhamah dimasukkan ke HTAA sejak sebulan lalu selepas diserang penyakit angin ahmar ringan dan keadaannya bertambah teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan ahli keluarga lain.

Jenazah Allahyarhamah yang juga bonda kepada Orang Kaya Indera Segara Pahang, Tengku Datuk Asmawi Tengku Husin dibawa pulang ke kediamannya, di sini, bagi urusan pengebumian.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengimamkan solat jenazah yang diadakan pada jam 1.30 petang sebelum dibawa ke Makam Diraja Pekan untuk dikebumikan kira-kira jam 2.45 petang.

Berangkat bagi memberi penghormatan terakhir ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah

Iskandariah, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob serta barisan kepimpinan peringkat negeri dan setempat.

sumber : sinarharian

No comments: