Partime Job

Thursday 22 March 2012

Tiada pengadang jambatan


KUANTAN – Jambatan alternatif yang dibina kira-kira dua tahun lalu menghubungkan Taman Berserah dengan Kampung Alur Ladang serta laluan utama di Jalan Berserah, telah mengalami kerosakan sehingga membahayakan penggunanya.

Menurut penduduk tempatan, Ahmad Syihabudin Safrin, kerosakan pada pengadang di tepi jambatan tersebut yang mulanya berkarat telah hingga berlaku rosak teruk menyebabkan ia tercabut daripada kedudukan asalnya.

“Memandangkan jambatan tersebut agak sempit ia boleh mengundang bahaya kepada pengguna.

“Pengguna terutama motosikal, basikal dan pejalan kaki boleh tergelincir dan terjatuh daripada jabatan tersebut sekiranya ada pertembungan daripada arah bertentangan.

“Dengan ketiadaan pengadang tersebut yang merupakan ciri keselamatan utama boleh membahayakan terutama kanak-kanak sekolah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Syihabudin berkata, sebelum ini terdapat satu kemalangan kecil berlaku melibatkan penunggang motosikal tercedera di bahagian tangan apabila terkena pengadang yang telah patah beberapa hari lepas.

“Selain itu, pada waktu malam keadaan di jambatan tersebut gelap memandangkan tiada lampu yang ditempatkan di situ.

“Kini, dengan ketiadaan pengadang terutama di waktu malam akan lebih membahayakan lagi pengguna yang menggunakannya setiap hari dan setiap masa,” katanya.

Katanya, laluan alternatif ini perlu dibaiki segera oleh pihak yang bertanggungjawab memandangkan penggunaannya bagi mengelak kenderaan kecil dan pengguna pejalan kaki daripada menggunakan laluan utama yang sibuk dengan kenderaan besar.

sumber : sinarharian

No comments: