Partime Job

There was an error in this gadget

Thursday, 22 March 2012

Pekida buat laporan polis, bantah tindakan Anwar


BATU PAHAT – Tindakan Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat seolah-olah menyokong Israel terus menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak.

Terbaru, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Batu Pahat menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai perkara itu, seterusnya membuat laporan polis kelmarin.

Ahli Jawatankuasanya, Nor Eddy Jamaludin berkata, laporan berkenaan dibuat atas laporan beberapa media tempatan, termasuk media cetak yang mengaitkan Anwar menggunakan campur tangan pihak Yahudi.

“Adalah menjadi tanggungjawab sebagai rakyat negara ini, perlu menghalang tindakan berkenaan kerana jika bekerjasama dengan Yahudi samalah seperti hendak menghancurkan negara ini.

“Jangan kerana hendak mencapai cita-cita yang tinggi, sanggup menggadai dan juga meminta dengan pihak yang sememangnya terkenal dengan kekejamannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, laporan itu dibuat berdasarkan artikel yang disiarkan media bertarikh 14 Mac mengenai Anwar yang menggunakan atau menyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada hubung kait dengan Yahudi atau Israel.

“Kami berkeyakinan bahawa tindakannya itu untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini untuk kepentingan politiknya menerusi campur tangan Yahudi atau Israel.

“Tujuan laporan dibuat adalah untuk meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan tersebut dan kami berharap satu tindakan yang tegas perlu diambil demi menjaga keharmonian rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Pekida sama sekali membantah hubungan dengan Israel dan campur tangan Israel dalam politik Malaysia.

sumber : sinarharian

No comments: