Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 20 March 2012

Tiada cadangan tetapkan had usia kenderaan di jalan raya

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bercadang untuk menetapkan had usia kenderaan bermotor yang dibenar berada di jalan raya kerana mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa menggalakkan pemilik kenderaan supaya membuat pemeriksaan secara sukarela di bengkel atau pusat pemeriksaan kenderaan.

"Sehubungan itu, kerajaan melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia telah menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya memastikan kenderaan mereka sentiasa dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan," katanya ketika menjawab soalan Muhammad Husain (PAS-Pasir Puteh) di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Rahim berkata bagi memastikan kenderaan yang berada di jalan raya itu sentiasa dalam keadaan selamat pula, aktiviti penguatkuasaan sentiasa dijalankan oleh agensi penguatkuasaan.

"Agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan selaras dengan sekyen 59 dan seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Bernama

No comments: