Partime Job

Wednesday 21 March 2012

Tiada cadangan pinda harga rumah kos rendah: Chor

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang meminda harga rumah kos rendah meskipun terdapat permintaan daripada pemaju berikutan kos pembinaan yang semakin meningkat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos sara hidup dan perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh rakyat yang berpendapatan RM2,500 ke bawah.

"Memandangkan tempat tinggal adalah keperluan asas dan atas dasar mendahulukan kepentingan rakyat, kerajaan belum bercadang meminda harga rumah kos rendah agar golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri," katanya menjawab soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. - BERNAMA

No comments: