Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Teksi air bakal atasi kesesakan di Melaka

ALOR GAJAH 19 Mac - Kesesakan jalan raya terutamanya di Banda Hilir bakal berakhir dengan wujudnya satu lagi pengangkutan awam yang akan dikenali sebagai teksi air yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Baharom Majid berkata, teksi air itu akan beroperasi bermula dari Melaka Sentral melalui Taman Rempah hingga ke muara Sungai Melaka di Banda Hilir.

Menurutnya, PPSPM kini dalam rangka perbincangan dengan pihak berkaitan bagi menjalankan kerja-kerja memanjangkan Sungai Melaka sejauh 4.5 kilometer dari Taman Rempah hingga ke Melaka Sentral yang menelan kos berjumlah RM1.8 juta.

"Sebelum ini, perkhidmatan Bot Melaka River Cruise hanya sampai ke Taman Rempah dan dengan adanya teksi air nanti laluan itu akan dipanjangkan hingga ke Melaka Sentral bagi memastikan hasrat mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri ini tercapai," jelasnya.

sumber : utusan

No comments: