Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Kami sudah tak tahan bau busuk


BEBERAPA penduduk menunjukkan loji rawatan dan kumbahan berhampiran Taman Nusa Damai, Pasir Gudang yang menyebabkan bau busuk sehingga menjejaskan kualiti hidup mereka di kawasan berhampiran loji berkenaan.

JOHOR BAHRU 19 Mac - Kira- kira 5,000 penduduk dari Taman Nusa Damai, Taman Kiara dan Taman Scientex di Pasir Gudang dekat sini terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa berikutan bau busuk dari loji rawatan dan kumbahan berhampiran kawasan perumahan berkenaan.

Penduduk mendakwa bau busuk itu sangat menjejaskan kualiti hidup mereka sejak empat tahun lalu memandangkan loji berkenaan tidak diselenggara dengan baik.

Seorang penduduk, Mohd. Nizam Azhar, 38, berkata, bau busuk itu semakin teruk terutamanya pada waktu pagi dan musim hujan.

sumber : utusan

No comments: