Partime Job

There was an error in this gadget

Tuesday, 20 March 2012

72,000 cek bayaran khas sudah sedia, sedang diagih

SEREMBAN, 20 Mac (Bernama) — Hampir 72,000 keping cek bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota pasukan keselamatan yang pernah berkhidmat semasa zaman darurat, sudah disediakan dan sedang diagihkan kepada pemohon secara berperingkat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, bagi memastikan agihan cek-cek tersebut berjalan lancar dan meluas, ia akan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai-balai polis seluruh negara.

"Permohonan sudah dibuka sekarang dan semua bekas-bekas anggota keselamatan yang berkhidmat semasa zaman zarurat diminta untuk mendapatkan borang permohonan di balai-balai polis berhampiran.

"Bagi mereka yang sudah meninggal dunia, balu dan duda mereka boleh juga memohon dengan membawa akuan permohonan yang disahkan oleh ketua kampung atau ketua polis di balai berhampiran,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan cek Tabung Amanah Warisan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments: