Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Sultanah lawat pusat manisan


BATANGAN - Manisan Terengganu sudah tidak asing bagi rakyat negeri ini yang memanggilnya sebagai ‘nisan kerek’ dan kegunaan manisan ini sama dengan gula melaka, bezanya hanya bentuk dan saiz selain rasanya sedikit berbeza.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batangan, Yusof Norbib, 50, berkata, nisan kerek berbentuk kepingan bulat manakala gula melaka berbentuk silinder.

Menurutnya, perusahaan membuat manisan antara kegiatan utama penduduk di Kampung Batangan dan kebanyakannya masih bersifat tradisional serta diusahakan oleh 47 keluarga di sini secara turun-temurun.

“Terdapat 47 keluarga daripada 265 keluarga yang tinggal di kampung ini menjalankan perusahaan manisan termasuk di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).

“Mereka juga sudah memulakan tradisi ini lebih 30 tahun lalu,” katanya.

Yusof berkata demikian selepas menerima keberangkatan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah ke Kampung Batangan, Marang di sini, semalam.

Mengiringi baginda, isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Yusof berkata, proses membuat manisan juga me-ngambil masa dan perlukan kesabaran.

“Kebiasaannya dua jenis manisan dihasilkan di sini iaitu manisan gula dan manisan asli.

“Manisan gula mempunyai kandungan gula lebih tinggi manakala yang asli mempunyai kandungan air tuak sehingga 90 peratus dan sedikit gula,” katanya.

Menurutnya, kampung ini juga pengeluar utama dodol daun palas selain pusat sebagai pusat penghasilan makanan berasaskan kelapa popular di negeri ini.

sumber : sinarharian

No comments: