Partime Job

Tuesday 20 March 2012

Padah simpan motosikal curi


KUALA TERENGGANU – Tindakan berani seorang buruh yang masih mahu menyimpan sebuah motosikal Honda EX5 walaupun mengetahui kenderaan itu barangan curi membawa padah setelah dia dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret.

Tertuduh, Mohd Bahari Daim, 31, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah menyimpan motosikal milik Muhamad Saifulnizam Sudin, 21, di hadapan rumah tidak bernombor Kampung Kijing, Marang, pada 13 Mac lalu kira-kira jam 7.30 petang.

Dia berdepan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih tujuh tahun serta denda jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pemilik kenderaan itu yang bekerja sebagai pembantu kedai telah meletakkan motosikalnya dalam keadaan berkunci di kawasan letak motosikal Flat Batas Baru, Jalan Batas Baru, di sini, kira-kira jam 8 malam, 14 Februari lalu.

Bagaimanapun, kira-kira jam 10.30 malam, mangsa yang ingin mengambil motosikalnya terkejut setelah mendapati ia tiada dan setelah puas mencari, mangsa yakin ia telah dicuri.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan selanjutnya.

Tertuduh ditahan dirumahnya kira-kira jam 7.30 malam pada 13 Mac lalu dan hasil pemeriksaan sistem kompol ke atas nombor enjin dan nombor casis motosikal dimiliki tertuduh didapati pernah dilaporkan hilang sebelum ini.

sumber : sinarharian

No comments: